Friday 21 September 2012

DHA - Docosahexanoic Acid - brain, beauty

As salam semua...
Busy betul hari ni..pagi2 dah meeting..berbagai isu...
You all pernah dengar DHA? kalau mak2 yg ada anak..pasti biasa tengok kat label susu anak2...
DHA ada yg di masuk dalam susu kanak2 dan kebanyakkan dalam bentuk supplement...

Sumber DHA selalunya dari ikan dan juga algae...
Banyak rupanya kegunaan ikan ...hehehe...selalunya sumber DHA yang banyak dlm ikan salmon, ikan tuna...DHA yang pernah saya cuba, analysis dari berbagai negara..dari US, Australia, Europe kebanyakkan nya..ini di sebabkan salmon tu selalunya di ternak dalam kawasan yang terkawal..maklum la..DHA is under fat category..kalau collagen senang la nak ambil dari sisik dan kulit, tapi DHA fat ni selalunya di ambil dari kepala dan sebahagian kulit ...so cuba imagine di kilang salmon, kulit, kepala di proses utk DHA..isi ikan utk fillet...woohooo...
Tapi proses utk DHA bukan mudah...mula minyak ikan di extract..dan kemudian perlu di pastikan ketulenan dan kepekatan DHA..dan minyak ini akan di di campur carrier..dan dari minyak dalam bentuk liquid..setelah di campur carrier, anti oksida utk mengawal pengoksidaan DHA, dan beberapa bahan lain..akan di spray dried utk di tukar ke bentuk powder...dan seterusnya ada encapsulation proses..encapsulation ni bukan macam pil2 encapsulated tu..tapi powder itself yang halus tu diselaputi lapisan yang mencegah DHA dari teroksida....so DHA ni tidak la mengeluarkan bau 'hanyir' sangat...tapi percayalah...dah lama akan berbau juga...hehehe
Dalam proses mencampurkan ke dalam adunan product yang nak di buat, blending mesti di kawal dan memastikan semasa proses mixing/ blending  - mestilah gentle enough utk tidak mencemarkan dan merosakkan DHA..sbb kalau lapisan encapsulation tu dah rosak...bau DHA akan kuat semakin lama di simpan...

Saya rasa dalam dkt 18 tahun bekerja..ada dah lebih 10 tahun saya bekerja  yg terlibat dgn DHA dan meneliti berbagai2 isu berkaitan DHA..dari segi penyelidikan utk penghasilan product baru + DHA, berbagai2 supplier yg datang bagi DHA dan saya mencuba nya..dan menguji DHA dalam berbagai product utk melihat kestabilan nya..keberkesanan nya..dan analysa harga2 DHA di pasaran dan isu2 dari bau..rasa..dosage..purity..efficacy...pemprosesan dan pengendalian DHA dan sebagainya...dan kilang DHA yg pernah saya lawati di Netherland..jenuh bertanya, melawat pemprosesan dsb..tapi sbb saya mewakili syarikat besar yg ingin mereka dapat kontrak supply, so depa layan la..masa ni nak tanya apa pun, tanya la..kalau selagi tidak hingga ke pemprosesan yg rahsia ( selalunya teknology) depa..ok, cuma kdg2 saya test juga depa..terlepas juga lah nak tahu apa2 yg patut..

Pengalaman paling best pasal DHA..ada ibu bapa yg datang berterima kasih sbb product campuran DHA tu katanya sangat baik utk anak2nya dan produk2 yg di buat di kata kan sedap...alhamdulillah..kalau boleh Puan Cantik Manis..nak bagi yang terbaik utk semua...dan semua yg mengambil produk2 hasil cetusan dan olahan Puan Cantik Manis..sentiasa gembira ketika menikmati produk2 tu... Cuma kdg2 pasal harga tu susah sikit la..sbb itu berniaga mesti kena ada untung kan..

DHA ni bila dah sampai kat tempat saya, kena simpan dalam tempat sejuk, selalunya saya syorkan dalam storage below 18oC supaya dapat mengawal quality...dan DHA powder selalunya banyak Vitamin C sbb sebagai anti-oksida..sbb tu tajuk atas tu brain ( DHA) dan Vitamin C mestilah utk cantik...hehehe...tapi tahukah pembaca sebenarnya DHA juga bagus utk kita dari segi penjagaan jantung dan daya ingatan...hmm...hmm...next posting yer ....

Okay, tadi lepas dinner dah minum collagen + Manuka honey + lemon...pembaca dah minum?..opps...sedap pulak recipe ni..saya nak transfer gambor masih belum berjaya ..frust sgt tapi sya tak nak ni mengganggu saya..

Okay..hari minggu ..jgn lupa jaga diri, jaga hati, jaga body...have a nice weekend..

BTW - collagen isu tak abih lagi..nanti kita sambung yer...

Take care all...Puan CM


No comments:

Post a Comment