Wednesday 19 September 2012

Collagen, semua perempuan mesti ada stok - Part 2

As salam semua,

Menulis ni kdg2 tak tahu sama ada org baca atau tidak...(mode - down)
Anyway..may be ini lah cara utk saya berkongsi cerita...baca atau tidak..may be secondary tapi yang pasti cerita ini dapat di kongsi...

Semalam pasal collagen dari ayam dan ikan..tapi citer collagen ikan tu tak abih lagi...

Saya suka citer pasal collagen ni sebab nya..kat pasaran tu kadang2 mcm2 collagen kita jumpa..dan kadang2 saya cuba tengok..apa yg cuba di jual dan betul ker..sbb tu saya cari juga informasi pasal collagen ni...

Tapi nak letak semua collagen specification kat sini payah pulak..tapi sebenarnya kalau dalam product specification, kita akan tengok ketulenan collagen dalam bentuk peratusan protein ....dan kemudian analysis tentang amino acid composition...glycine, proline, alanine and hydroxyproline adalah unit amino acid yang mesti ada dan dalam turutan tertentu bagi menunjukkan keaslian kolagen...

So, collagen yang paling saya suka sekarang adalah dari ikan yang hidup secara bebas di lautan dalam di Europe..ikan ini di proses dan diambil dari kulitnya... dan di cuci dgn air yang banyak dan bersih sehingga bau yang kurang ...tidak hanyir..dan akhirnya di spray dried..atau dalam kata lain di tukar kepada serbuk (powder) sehingga kelembapan nya kurang dari 3%...jadi bila sampai kepada saya adalah dalam bentuk serbuk yang sangat halus, ringan, warna putih atau 'light beige' dan tidak berbau ikan yang kuat....dan ketulenan nya adalah sehingga 96% protein. Ini bermakna adalah tidak menjadi masalah utk mengambil collagen kerana ia adalah protein yang selamat untuk sesiapa sahaja...

Collagen marine ini larut dalam air suam..tapi anda perlu mengacau sehingga larut sbb ia protein yng tulen dan mmg akan mengambil masa sedikit utk larut sepenuhnya..tapi tidak la berjam2..sama mcam lebih kurang membuat air susu dsbnya...

Collagen ini bila di makan, akan dicernakan..sbb ia protein so ia memerlukan enzyme protelytic untuk pencernaan dan hampir kesemuanya, dalam kadar 90% collagen hydrolysates akan diserap selepas dimakan..sbb tu hydrolysed collagen di laporkan selamat utk dimakan...

Sebab itu, saya sangat suka melihat dan meneliti produk2 di pasaran..kadang2 claim nyer mak oooi..berbagai tapi bila tengok kandungan collagen sangat sedikit...sbb yg lain tu gula, non dairy creamer, herba2 lain dsbnya..sbb tu..saya lebih suka campurkan collagen yg saya pilih dalam minuman saya seperti susu..dan ada kala saya larutkan dalam air masak, perahkan lemon dan campurkan madu...sihat kan ..dan pastinya terasa cantik...

Saya masukkan 2 sudu teh ( ~ 5gram) setiap kali makan dan makan 2 kali sehari. So, sehari 10g collagen tulen. Alhamdulillah..saya berterima kasih kat kawan2 yang paksa saya jual collagen kepada mereka..saya ni buat kerja jer tapi bila demand dah ada, saya jual jer la.. sekarang mereka dtg kembali dengan kesan2 yang positif..betul mmg saya tak berniat nak jual tapi sbb dah di paksa oleh kawan2 yang mahu saya meneliti collagen yang ada...jadi ini lah yang saya rekomenkan iaitu hydrolysed collagen dari Europe..tapi agaknya sebab saya jual dgn harga yg sangat murah..yer lah mana tahu berniaga..cuma nak tolong kawan2...harga saya jual utk 10g x 150 serve atau (3 bulan stok) amat berpatutan...sbb bila saya tengok kat pasaran ..amk ooi mahainya,  ada yg sampai RM180 (1 bulan stok)...harga collagen saya ni sgt murah....dah tu tulen yer..x der campur2 bahan lain..pure Europe collagen...

Ini adalah feedback dari pengguna2 yang dah beli dan makan dan antara kesan nya:-

1. Mrs Liew - warna pigmentation di muka adalah semakin pudar
2. Mrs Foo - kesan sakit belakang sudah semakin hilang dan makin senang bergerak
3. Mak pada kawan baik  - sakit sendi di tangan ( elbow) hilang selepas makan secara konsisten selama 2 minggu
4. Pn Tina - pigmentation kurang
5. Mak kawan saya di opis (Nisya) - sakit tulang semakin kurang, lebih senang bergerak
6. Nisya pula  - tiada jerawat
7. En. Macho - kulit kurang flaky dan lebih sekata dan tidak kering....

Bagi saya, rasa lebih radiant sbb sya pernah nampak pucat sbb penat bekerja, so lepas seminggu makan..seri muka akan naik...ini apa yg saya rasa dan semuanya sbb kawan2 menegur...macam.."hi..you nampak happy jer..ada apa2" atau " cantik la kulit you, kemerah2an...you makan apa" atau " you looks radiant today...what's up?"...yg sebenarnya saya mcm biasa ajer..kerja analysa, buat product dan mtg memanjang..tapi bila dengar macam tu happy la jugak kan...heheh

dan banyak lagi.....saya cuma berkongsi apa yang saya tahu..nak percaya atau tidak terpulang...yg pasti mmg ramai dah buat repeat purchase..alhamdulillah...

Saya tahu saya nak bagi gambar..tapi saya cuma boleh bagi gambar collagen..pure collagen adalah dalam bentuk serbuk putih yg sangat ringan...nak ker? esok la...

Okay, semuga anda dapat inspirasi yang semua bintik2 hitam di muka masih ada peluang utk cerah...sakit2 sendi ada peluang untuk baik..terpulang utk berusaha...

Kalau nak beli, boleh la letak kat komen..kalau tak nak pun okay..sbb awak yg rugi..saya tak pun...tapi saya ucapkan terima kasih kerana terus baca coretan saya.... semuga ada ilmu yg anda dapat hari ni...

Jaga diri yer...minum air banyak...jaga hati, jangan dengki, selalu bersyukur dan lebih penting jaga iman dan akidah...

 - Cantik manis selalu -

1 comment:

  1. salam kak,mcmner nk bli kolagen dr ikan yg halal trus dr akk ye?sy bminat nk cube la,sms/call sy 013-3554157,tkasih.

    ReplyDelete