Tuesday 22 February 2011

Vanilla Bean - untuk cantik dan untuk sihat

Assalamualaikum,

Hari anda ceria tak hari ni? Saya agak biasa dan kelam sikit. Sbb lepas lunch, dapat news pasal Christchurch kena earth quake. Just last month, saya kat sana, masih terbayang kwsn yg cantik2..dan musnah some of the building. Harap x berlaku d M'sia. Tgh hari, 6 biji laptop kat ofis kena curi, just in 5 min. Tension kan, nasib baik ada back up. Then balik jumpa 2 accidents - what a day! So, I need the good drink..!

Vanilla Beans - pernah tengok tak ?
Okay yang ini, atas pisau tu ialah seed vanilla - wangi giler dan amat pleasant. Saya masuk kan dalam masakan masa buat kek dan sebagainya.


Dan atas pinggan tu, gambar penuh 2 vanilla beans.  Selalunya orang selalu kaitkan vanilla dgn flavour dan keunikkan baunya. Tapi tak ramai yang tahu kebaikkan Vanilla.

Zaman dulu, org2 lelaki yg impotent, di galakkan minum campuran Vanilla untuk jadi 'hebat'. Konon nya ada article dari Jerman sejak zaman 1700 Masihi, ramai orang lelaki yang dah ' tak larat dan berkemampuan' di suruh minum campuran vanilla dan menjadi kekasih yang 'hebat'..

Okay - okay - jangan tanya apa campuran yg sebenarnya, sbb saya tak dapat formula nyer. Kalau saya dapat, boleh saya dissect the recipe and hidupkan kembali 'ubat tu'..pada sapa yg nak la kan...hehehe

Vanilla ni juga di katakan sebagai anti-oxidant, iaitu yang menghalang oxidation. Err..apa oxidation dalam bahasa yer?  Lebih kurang kalau certain chemical reaction tu oxidise so terbentuk lah reaction yang tak elok, so anti-oxidant menghalang la..atau mengurangkan..

Saya suka baunya..bukan sahaja dlm cake dan makanan, salad, tapi boleh juga masuk dalam gula, dalam honey dan kalau kulit vanilla bean - dah tak nak bila dah ambil seednya, gunakan vanilla pod tu dalam rendaman kaki. Masukkan garam + kulit Vanilla ni..dan dalam air suam, rendam lah kaki yang penat bekerja, insyAllah..boleh lega.

Kalau buat minuman cokolat, biarkan chocolate tu di letak air panas, dan heat up sikit susu + Vanilla dan tuangkan dlm minuman cokolat tu...sedap.

Cara terbaru, masukkan Vanilla seed dari Vanilla pod ke dalam air kelapa muda dan goncang macam buat shake and letak ice sket.. ( Ni belum cuba - tapi nampak mcm best)

Saya gunakan juga Vanilla ni dalam mandian + susu ( ni kalau rajin - tapi pernah buat 3 kali, best!)

Saya beli Vanilla Bean ni dari Indonesia, sbb yang saya dapat di tanam secara manual dan tanpa bahan kimia, baja asli..Kalau Gred A, panjang Vanilla pod ni lebih kurang 20cm, kalau Gred B lebih kurang 18 cm. Makin panjang dan gemuk, makin banyak Vanilla seed dan makin wangi. Para chef mmg beli berdasarkan panjang dan tebal nya. Tapi kalau chef nak buat Vanilla extract, tak kesah sangat, panjang 14-15cm pun okat tapi mesti ada lebih kurang 6-7 Vanilla pod untuk setiap extract.

Harga Vanilla beans mmg mahal sket sbb dia ikut pada pasaran. Kalau original Vanilla flavour selalunya beribu-ribu ringgit sekilo. Kalau synthetic tu dalam less than RM100 a kilo, so you all boleh imagine lah pasaran Vanilla beans ni. Saya yg dah lebih 15 tahun dlm kerja ni dah berbagai jenis Vanilla flavour saya temui, analysis dan cuba dalam resipe2 saya. Ada yg best mcm Vanilla Shake, Vanilla Ice cream dan berbagai2.

Dan ini antara ice cream Vanilla paling best saya rasa is Kapiti brand - Super Premium brand dari NZ.

Okay lah - sesiapa yang concern pasal wangian, pakai lah Vanilla dari Vanilla pod yang original sbb byk Vanilla kat pasaran adalah synthetic/ dari chemical  atau dari di olah dari kulit batang pokok.

Okay, harapnya anda ingin mencuba atau sekurang2nya mendapat ilmu baru hari ini.

Hati yang bersih, mencantikkan jiwa - pesanan untuk cantik dari dalam.

Semuga ceria selalu - dari Puan Cantik Manis

No comments:

Post a Comment