Saturday 19 February 2011

Collagen dan kecantikan

Salam,
Hari ini mari berbicara mengenai kolagen atau collagen. Nak cantik kan? Hampir kesemua 'reason to belief' marketing aspect untuk product kecantikan sekarang adalah menggunaka collagen. Tapi apa tu collagen sebenarnya? Collagen adalah satu dari jenis protein. Manusia turut menghasilkan collagen dalam badan. Collagen ni macam lebih kurang fibrous la, ia menyambung dan bagi sokongan pada tisu badan yang lain seperti kulit, tulang, tendon, muscle. Dalam badan manusia, collagen ni membuat sehingga 25% jumlah protein dalam badan.
Tapi bila dah banyak sangat product ada collagen, macam tak tahu nak beli yang mana kan....Yang saya nak citer sikit ialah Kinohimitsu Beauty drink. Ada 2500mg fish collagen dalam 1 botol 50ml nya. Banyak la tu kan, macam dkt 5% gitu collagen dalam drink ni. Sebenarnya sbb saya pun membuat formula, jadi saya selalu deal dengan barangan2 ni. Collagen ni macam serbuk putih ajer setelah di proses. Bergantung kepada siapa yang menghasilkan dan dari mana, ia mempunyai fungsi dan rasa yang berbeza.
Collagen dari ikan, kadang2 sangat hanyir baunya, sebab tu bila minumam yang ditambah collagen, biasanya mempunyai bau yang kuat. Flavour yang dimasukkan untuk 'mask' bau collagen ni, Kalau tak, ya Allah, tak larat ler kome nak minum. Bau ikan nya sangat hanyir. Tapi, product Japan ni, kira okay lah. Rasa dan bau laici yang kuat...kan dah cakap sbb nak mask bau ikan tu..tapi okay lah rasanya.

1 pek of 6 botol x 50ml atau total 300ml adalah sebanyak RM 89.90. Bagi yang 1st time minum, kena minum 1 botol setiap hari. Mahal lah wei...lebih kurang RM14.98 sehari. Oooi...mahai ler kalau nak terus kan macam ni..tapi meh la cuba...mana lah tahu...

Ni kalau kawan aku yang jual ingredient collagen ni tahu aku try, mesti depa ketawa giler kat aku. Sebenarnya aku ni pun ada produk collagen, tapi masih dalam testing, tunggu confirm test tepat baru boleh  berada di pasaran, so sementara tu check la product yang dah sedia ada...

Kinohimitsu J'pan Beauty Drink for 


Kami dari bidang berkaitan makanan ni kadang2, ambik ajer 1 sudu pure collagen masukkan dalam minuman. Tapi mmg tak larat la sbb baunya yang agak hanyir. So sbb tu saya formulasikan dengan rasa yang lazat. Tunggu.......

Berbalik cerita asal collagen ni, ada juga collagen dari tulang sternum ayam. Tapi masih tidak terdapat di Malaysia. Ia di hasilkan dari tulang ayam yang berusia 6 minggu. Tak boleh imagiine, ayam yang di tetas dan jaga sampai 6 minggu untuk dapatkan collagen nya. Ingat tak tadi saya kata collagen juga ada dalam mamalia. So - biasala ..binatang yang sedang di ternak itu, iaitu khinzir turut terdapat collagen di hasilkan darinya. Sebab itu, berhati-hati bila beli produck di luar negara pasal collagen. Baca informasi tentang collagen. Kalau dalam informasi product tu cuma kata collagen, tengok lah tanda halal. Kalau ada tulis fish collagen, sekurang-kurangnya kita tahu ia dari sumber yang halal. Tetapi hasil dari pemerhatian saya, kebanyakkan product collagen di Malaysia adalah dari sumber marine. Apa-apa pun baca label dan pastikan sebelum membeli.

Dan jangan lupa juga, nanti bila produck saya dah ada di pasaran, saya inform kan..bukan saja ada collagen dengan kadar yang tinggi untuk kecantikan tetapi juga dengan gabungan bahan yang bermutu tinggi dan rasa yang sedap..insyAllah.

So, nak tahu lagi pasal collagen? Nanti lah  - tak best la nak buat review product orang ajer...nanti sesapa yang nak mencuba produck saya, let me know...saya bagi free sample. So, rajin2 lah mengunjungi blog ni.

Senyum - senyum selalu kerana senyuman menyegarkan otot ...

Cheers!

6 comments:

  1. Assalamualaikum wbt. Tahniah dan syabas kepada Puan Cantik Manis yang telah menerbitkan blog semacam ini yang sememangnya merupakan makanan setiap wanita yang mengutamakan kesihatan dan kecantikan diri......
    Tak sabar menunggu product formula hasil dari Puan sendiri......cepat2 sikit aaaaa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good sharing, Collagen Peptide has shorter molecular structure and is almost similar to the structure of collagen in our skin, thus it is easily absorbed by the skin. Kinohimitsu J’pan Collagen Diamond 5300 Drink exclusive formula also contains silk protein that acts as a powerful moiusturising agent while the US patented Perilla Seed AExtract helps to protect skin cells against free radicals, and prolong the firming and hydrating effect within the skin, read more at:
      http://kidbuxblog.com/the-one-and-only-beauty-drink-you-ever-need/

      Delete
  2. Wa'alaikum Salam,
    Terima kasih. Saya sayang bakal pengguna produk2 saya, jadi saya akan pastikan yang terbaik, insyAllah..
    Senyum-senyum selalu.

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera.
    Memandangkan pentingnya kolagen berstatus HALAL untuk umat Islam di Malaysia bagi kecantikan wanita dan melambatkan proses penuaan, kami, dari Ar-Raihan International (M) Sdn Bhd terpanggil untuk memproses dan menjual produk 'CollaMix 7000 HubeiLine' tersebut.
    Ia baru dilancarkan pada 15 Ogos 2011, tetapi masih belum secara dihebahkan secara meluas di media massa atau media cetak. Kandungan kolagen terhidrolisis adalah 99.9% tulen, dan bagi setiap tin 650gm produk kami, 32% adalah kolagen tulen, dibawah 700DAL daya serapan, kegunaan 7000mg lengkap untuk kegunaan tubuh seharian.
    Maklumat lanjut di Facebook kami; http://www.facebook.com/CollaMix7000 , Blog; http://collamix7000.blogspot.com/ , atau website; http://hubeiline.com
    - Salihuddin (Consultant dan Khidmat Pemasaran)

    ReplyDelete
  4. Selamat Sejahtera,

    Kolagen bermolekul besar tidak dapat menembusi kulit kita. Hanya kolagen yang bermolekul kurang daripada 1000 dapat menembusi kulit dan memperbaiki struktur kulit.

    Dengan ini company kita yang beribu pejabat di Singapura memperkenalkan OLIGOPEPTIDA yang bermolekul kurang daripada 600 diman ia boleh menembus klit dengan efktif. Maka Ia boleh mengaktifkan sel-sel epidermis, menambah nutrien untuk kulit serta mempercepatkan sintesis kolagen agar mencapai kesan penjagaan kulit.

    ** Kesan yang mendadak dalam masa 1 minggu sahaja.
     Memelihara kelembapan kulit
     Nutrien
     Anti-kedut
     Pemutihan
     Pemulihan dan membaiki sel secara langsung
    ** 10 orang saintis telah dianugerah dengan Hadiah Nobel sebab produk misteri ini.


    untuk maklumat lanjut:sila hubungi 0122110767

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete