Monday 21 February 2011

Inulin and Oligofructose - Apa kebaikannya?

Assalamualaikum,

Mari kita sambung kembali cerita inulin ni. Banyak product skrg ada campuran inulin, lepas tu boleh terus claim superiority..Ceh! tak baik kan tapi itu lah gimik peniaga. Tetapi sebenarnya inulin ni bagus dan banyak kebaikkan nya.
Inulin ni dari sumber tumbuhan, ia adalah salah satu dari jenis 'soluble fibre'. Sebenarnya kita dah pun lama makan inulin dari dalam bawang, asparagus, garlic, bananas...tapi yang selalu di masuk kan dalam makanan dan minuman yang di proses adalah dari chicory roots. Tumbuhan ni banyak di Belgium, rupanya seakan lobak putih tapi bukan lobak putih. Tumbuhan ini akan di proses dan akhirnya hanya serbuk putih yang dihasilkan mengandungi sekurang2nya 89% keaslian inulin. Maksudnya yang lain tu adalah campuran carbohydrate ( polysaccahrides) yang lain dan kelembapan untuk mencukupkan ke 100%.

Hah - ini bahasa orang membeli ingredients. Setiap ingredient ada sedikit kelembapan, lagi tinggi kelembapan, tak elok nanti shelf life pendek dan rugi sbb kita beli bayar kelembapan dan bukan nutrient. Kelembapan or Moisture untuk kebanyakkan nutritional produck, bila di tulih dalam panel nutrisi tu, selalunya tak melebihi 4%. Tak caya - gi tengok label kat susu tepung atau Milo atau produck2 minuman dalam bentuk powder.

Oligo - maksudnya pendek atau sedikit dalam bahasa greek..oligofructose  - maksudnya molekul fructose yang pendek2..hehehe...ni refer pada structure product ni..     Senang kan sebenarnya nak buat nama...
Jangan lepas ni ada panggil si mamat oligo atau minah oligo refer pada mamat pendek sudah!!

Oligofructose sama klas mcam inulin - adalah soluble fibre. Tapi dari segi bahan - mahal sket sbb purity levelnya tinggi dari inulin. Lebih kurang 92%

Dalam makanan yang di proses mengikut perundangan Malaysia,  inulin ni boleh mencapai tahap prebiotic bila memenuhi 2g untuk setiap hidangan.. Maksudnya bila buat 1 gelas seperti yg dicadangkan..kandungan Inulin tu adalah 2g. Tak caya lagi? Pergi tengok sekali lagi kat label minuman kegemaran you all, mesti ada maklumat pasal nutrisi untuk setiap hidangan.
Tapi FOS atau oligofructose hanya perlu 1.25g untuk satu hidangan dah boleh dapat gelaran prebiotic.

Teknikal sangat ker....?
Meh..baca lah sket lagi..sbb apa prebio tu elok sangat

Sebab dalam perut kita tu ada banyak bakteria..Bila kita makan Inulin dan FOS ni, bahan ini tidak dapat dicerna oleh asid2 dalam perut tu, so dia terus ke usus besar. Kat usus besar tu, bila dah sampai kat sana, maka apa lagi - proses penapaian berlaku la..proses ni bagus sbb ada certain chemical reaction yang menurunkan pH dan proses penghasilan lactic acid. Dan beberapa chemical reaction yang lain - errr..kalau saya terangkan , nanti you all tak larat nak baca..we make it simple lah kan...

Penyediaan usus yang baik untuk mengalakkan bakteria baik, dan penurunan kadar bakteria jahat.

Sebab itu, kalau susu tepung untuk kanak2 yang ada bahan ini pada kadar yang baik, najis baby pun tak keras..lembut dan tak berwarna hijau.

So, you all pun boleh tengok, kalau najis warna hitam kelat dan hijau tu, tak tahu lah apa dalam perut you all tu...So, elok lah makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

So, pengambilan product yang ada Inulin dengan kadar prebiotic baik untuk mengekalkan kesihatan perut yang baik.

Inulin dan FOS ni pun baik untuk orang diabetic, sbb ia ada rasa manis sedikit tapi sbb dia tak affect glucose level sangat, so baik utk org kencing manis.

Study juga telah menunjukkan pengambilan inulin dan FOS yang berterusan turut dapat mengalakkan penyerapan calcium yang baik untuk tulang.

Antara kebaikkan lain yang saya tak dapat nak terangkan tapi boleh anda cari lagi kalau nak ialah untuk pencernaan so kurangkan constipation. Senang buang air besar lah kata orang.

Inulin dan FOS ni jugak - kalau dalam formulation, saya boleh kurangkan lemak sbb dia akan memberi 'texture' atau body pada minuman..so kurang lemak tapi masih sedap. Dan sebagai soluble fibre, tenaga yang di beri cuma separuh dari carbohydrate biasa, so bila tak tinggi energy, jgn risau utk gemuk la kan..

Okay - cukup la...kalau ada yang interested nak beli atau nak masuk kan dalam formulasi anda, boleh contact saya kat special.ingredients@yahoo.com  Mana lah tahu kot2 nak buat minuman kat rumah masukkan inulin or FOs pun boleh juga.

Hari tu saya buat spagetti sendiri pakai mesin pasta tu, dan masukkan Inulin sedikit..hehehe..anak2 saya makan sedap ajer..Tu lah, mama suruh makan sayur untuk dietary fibre tak nak, so mama kena lah masuk kan dalam makanan kegemaran. Anda pun boleh masukkan sesudu kecik Inulin dalam sup macam Mushroom untuk dietary fibre anda..

Okay, Puan Cantik Manis ada formula nak d buat malam ini...Esok2 saya cerita pasal Vanilla Beans pulak yer..My favourite bean!

Makan bila lapar, berhenti makan sebelum kenyang..Petua Cantik dari Puan Cantik Manis...hehehe...

Selamat Berehat....

Puan Cantik Manis

No comments:

Post a Comment