Friday 25 February 2011

Manuka Honey

Assalamualaikum,

Semuga sahabat dan pembaca sihat di hari Jumaat. Puan CantikManis tak dapat menulih semalam, sbb tgh buat dossier penting untuk product baru nak launch, nak kena submit ke professional independent reviewer untuk diselidiki dan diendorse. Selepas ni mesti banyak pertanyaan dan saya kena menjawap ler pulak. Macam buat thesis, kena Viva...lebih kurang...

Okay, kelmarin ada nak upload gambar tapi x leh, so inilah product Shisheido yang ada Konjac extract atau glucosylceramide. Kandungan penuh minuman ini adalah Du zhong leaf, Korean ginseng, Lotus germ, Coenzyme Q10 , Collagen peptide, Hyaluronic acid , Proline, Arginine, Elastin peptide 10mg, N-acetyl glucosamine, vitamin C, vitamin E, Vitamin B2, Vitamin B6 etc
Perasan tak botol minuman dari jepun di sama ajer, samada Shisheido, Kinohimitsu dan NH Colla
Mengikut ujian klinical, minuman ni dah terbukti berkesan seperti laporan dalam journal of health science. Saya ni bukan lah nak promote tapi sekadar memberi review..kan ini tujuan blog ni.

Hmm...tajuk atas pasal Manuka Honey kan...???
Manuka Honey ni dari New Zealand. Sejak dua menjak ni ke sana few times, jadik Puan CantikManis turut belajar pasal produck2 depa. Hampir di mana2 akan ada Manuka Honey dari pure honey, beverage, gula2 kesihatan, ubat gigi, cream tangan dan berbagai di masukkan Manuka Honey. Agaknya depa mmg berbangga betul ngan manuka honey ni.

Manuka tu datangnya dari sejenis tumbuhan mempunyai daun2 yang agak halus dan bunga2 yang halus. Lebah mengambil madu dari sini maka di situlah dapat nama Manuka Honey. Lebih banyak di Pulau Selatan.
Tapi yang menarik ialah bila Manuka Honey tu ada label UMF factor iaitu menunjukkan honey tu ada antibacterial properties yang di jamin oleh pihak berkuasa NZ. Ini industry code dan minima is UMF10+
Nama UMF ini menunjukkan specific antibacterial properties yang terdapat dalam certain specific strain of manuka honey.


Ini contoh Manuka Honey dengan UMF20+. Saya beli dgn harga approx NZD70 atau RM174 untuk 250g. Produck honey yang ada UMF20+ ni susah nak dapat sikit dan berharga mahal sbb mempunyai antibacterial properties yang unik dan sering di guna untuk merawat i,e therapeutic uses.
Selalu orang yang sakit samada cancer, asma, org tua dan sebagainya menggunakan produk ini.

Sejarah nama UMF ni dijumpa oleh Dr Peter Molan, Waikato Uni, yang jumpa stabil antibacteria property dalam beberapa strain manuka honey. Honey selalunya mmg ada enzyme yg akan menghasilkan hydrogen peroxide menjadikan ia satu bahan baik untuk anti-bacteria tapi Manuka honey ni ada lebih sikit dan lebih stabil dan bersama menjadikan ia menghasilkan kesan synergistic yang lebih berkesan. Byk study ( kan org2 NZ ni rajin buat research sbb kat sana sgt conducive utk research) menunjukkan Manuka Honey ni ada banyak quality untuk menyembuhkan banyak penyakit.

Oh yer..kalau ada luka pun boleh apply honey ni.
Yang atas ni ada UMF15+, ni yang saya pakai skrg sbb saya untuk 'maintain'. Yang ni harga about NZD45 utk 250g. Saya juga bagi anak2 saya minum 1 sudu kecil. Tapi bila saya kata ini untuk sihat, depa dah anggap macam ubat la pulak, so lain kali saya suruh depa makan dan cakap manis untuk 'handsome' agaknya anak2 saya akan makan dengan senang ler kot....hehe

Tapi bila nak makan, jgn masuk dlm air panas tapi air suam2 okay untuk mengekal dan dapat optimum benefit dari khasiatnya.

Kalau ada asma, beri 1 sudu kecik tiap pagi, jgn penuh sgt, agak2 sedang. Kalau nak sedap lagi, bancuh 1 sudu Manuka honey dlm air suhu bilik atau sejuk dan masuk 1 hirisan lemon.


Yang atas ni pulak saya beli untuk makan2. Tapi saya rasa best jugak sbb bila makan masuk dalam tea, badan cepat jer rasa panas. Yang ni murah sikit sbb dia tak der UMF tu, ni manuka honey strain lain tapi masih mempunyai anti bacterial properties cuma tak boleh di category dlm UMF. Kat NZ depa sgt strict kalau dah ada industry std, kalau tak meet, tak leh senang2 label. Yang ni harga cuma approx NZD10 utk 250g. So, sgt jauh beza harga dgn yg ada UMF factor.

Selain itu saya juga cuba cream tangan campuran Manuka Honey dan green tea. Sedap baunya dan lembut pada tangan tapi dah abih ler pulak. Terlupa nak ambil gambarnya...nanti kalau saya ke sana, saya ambil gambar..rindu pulak kat haruman nya...

Okay, harapnya ada yang dapat di pelajari pasal Manuka Honey ni. Lain kali saya akan buat review pasal Honey Tok Guru dan Honey dari Iran.

Ketenangan dan keredaan hati akan menyerlahkan kecantikkan anda. Semuga kita selalu muhasabah diri dan gembira dan bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Senyum manis selalu menyambut weekend.

Cheers,
Puan CantikManis

3 comments:

  1. salam puan cantik manis...hehehehe....lain kali kalau g nz nak pesan blh...hr tu ada jmp lia nyer doktor yg rawat penyakit lia nih,dia kata manuka honey ni leh rawat penyakit resdong...disebabkan kat sini leh tahan mahalnyer,lia igt nak pesan ngan PCM lah kalau g sana lg...cik abg nih teruk sgt resdong nyer.....btw...suka baca blog nih....

    ReplyDelete
  2. Lia - kalau nak yang Manuka Honey UMF20+, PCM ada extra 1 botol dan yang UMF15+, ada extra 2 botol kot..Kalau nak sms Cantik Manis yer...

    ReplyDelete
  3. Tima kasih Puan Lia kerana mengikuti blog ni..cuma kadang2 tak dapat tiap hari update but will do it at least selang sehari..Cheers

    ReplyDelete