Friday 25 February 2011

Perempuan dan handbags

Assalamualaikum,

Pagi yang cerah moga menjanjikan hari dan hati yang ceria. 

Agaknya kalau you all perempuan, berapa handbags yang rasa kita patut ada kan. Saya ni macam nak beli handbag lagi, pergi browse2 kat internet dan skrg branded handbag boleh beli online. Bila saya tanya dia kata boleh deliver to Malaysia - free delivery during promotion! Yippie!
Siap ada authentic certificate lagi...

Tapi tu lah, boleh caya ker? Kalau nak beli brand tu kat Pavillion tu mmg mahal ler kan..Tapi sbb US skrg currency boleh tahan, so dont quite feel the pain of paying it.

Eh...kenapa handbag masuk dlm blog ni pulak? Bukan apa, perempuan ni - bila ceria, akan terserlah pada wajahnya...kan..So, kalau beli handbag tu buat dia ceria dan happy, apa salah nya...Hahahaha...No, just kidding ! Just feel like buying new handbag..

Okay - nnati saya update la - kalau best beli online ni.




Minum air sekurang-kurannya 8 gelas sehari untuk kesihatan. Badan yang sihat memudahkan ibadah kepadaNya - Puan CM

Manuka Honey

Assalamualaikum,

Semuga sahabat dan pembaca sihat di hari Jumaat. Puan CantikManis tak dapat menulih semalam, sbb tgh buat dossier penting untuk product baru nak launch, nak kena submit ke professional independent reviewer untuk diselidiki dan diendorse. Selepas ni mesti banyak pertanyaan dan saya kena menjawap ler pulak. Macam buat thesis, kena Viva...lebih kurang...

Okay, kelmarin ada nak upload gambar tapi x leh, so inilah product Shisheido yang ada Konjac extract atau glucosylceramide. Kandungan penuh minuman ini adalah Du zhong leaf, Korean ginseng, Lotus germ, Coenzyme Q10 , Collagen peptide, Hyaluronic acid , Proline, Arginine, Elastin peptide 10mg, N-acetyl glucosamine, vitamin C, vitamin E, Vitamin B2, Vitamin B6 etc
Perasan tak botol minuman dari jepun di sama ajer, samada Shisheido, Kinohimitsu dan NH Colla
Mengikut ujian klinical, minuman ni dah terbukti berkesan seperti laporan dalam journal of health science. Saya ni bukan lah nak promote tapi sekadar memberi review..kan ini tujuan blog ni.

Hmm...tajuk atas pasal Manuka Honey kan...???
Manuka Honey ni dari New Zealand. Sejak dua menjak ni ke sana few times, jadik Puan CantikManis turut belajar pasal produck2 depa. Hampir di mana2 akan ada Manuka Honey dari pure honey, beverage, gula2 kesihatan, ubat gigi, cream tangan dan berbagai di masukkan Manuka Honey. Agaknya depa mmg berbangga betul ngan manuka honey ni.

Manuka tu datangnya dari sejenis tumbuhan mempunyai daun2 yang agak halus dan bunga2 yang halus. Lebah mengambil madu dari sini maka di situlah dapat nama Manuka Honey. Lebih banyak di Pulau Selatan.
Tapi yang menarik ialah bila Manuka Honey tu ada label UMF factor iaitu menunjukkan honey tu ada antibacterial properties yang di jamin oleh pihak berkuasa NZ. Ini industry code dan minima is UMF10+
Nama UMF ini menunjukkan specific antibacterial properties yang terdapat dalam certain specific strain of manuka honey.


Ini contoh Manuka Honey dengan UMF20+. Saya beli dgn harga approx NZD70 atau RM174 untuk 250g. Produck honey yang ada UMF20+ ni susah nak dapat sikit dan berharga mahal sbb mempunyai antibacterial properties yang unik dan sering di guna untuk merawat i,e therapeutic uses.
Selalu orang yang sakit samada cancer, asma, org tua dan sebagainya menggunakan produk ini.

Sejarah nama UMF ni dijumpa oleh Dr Peter Molan, Waikato Uni, yang jumpa stabil antibacteria property dalam beberapa strain manuka honey. Honey selalunya mmg ada enzyme yg akan menghasilkan hydrogen peroxide menjadikan ia satu bahan baik untuk anti-bacteria tapi Manuka honey ni ada lebih sikit dan lebih stabil dan bersama menjadikan ia menghasilkan kesan synergistic yang lebih berkesan. Byk study ( kan org2 NZ ni rajin buat research sbb kat sana sgt conducive utk research) menunjukkan Manuka Honey ni ada banyak quality untuk menyembuhkan banyak penyakit.

Oh yer..kalau ada luka pun boleh apply honey ni.
Yang atas ni ada UMF15+, ni yang saya pakai skrg sbb saya untuk 'maintain'. Yang ni harga about NZD45 utk 250g. Saya juga bagi anak2 saya minum 1 sudu kecil. Tapi bila saya kata ini untuk sihat, depa dah anggap macam ubat la pulak, so lain kali saya suruh depa makan dan cakap manis untuk 'handsome' agaknya anak2 saya akan makan dengan senang ler kot....hehe

Tapi bila nak makan, jgn masuk dlm air panas tapi air suam2 okay untuk mengekal dan dapat optimum benefit dari khasiatnya.

Kalau ada asma, beri 1 sudu kecik tiap pagi, jgn penuh sgt, agak2 sedang. Kalau nak sedap lagi, bancuh 1 sudu Manuka honey dlm air suhu bilik atau sejuk dan masuk 1 hirisan lemon.


Yang atas ni pulak saya beli untuk makan2. Tapi saya rasa best jugak sbb bila makan masuk dalam tea, badan cepat jer rasa panas. Yang ni murah sikit sbb dia tak der UMF tu, ni manuka honey strain lain tapi masih mempunyai anti bacterial properties cuma tak boleh di category dlm UMF. Kat NZ depa sgt strict kalau dah ada industry std, kalau tak meet, tak leh senang2 label. Yang ni harga cuma approx NZD10 utk 250g. So, sgt jauh beza harga dgn yg ada UMF factor.

Selain itu saya juga cuba cream tangan campuran Manuka Honey dan green tea. Sedap baunya dan lembut pada tangan tapi dah abih ler pulak. Terlupa nak ambil gambarnya...nanti kalau saya ke sana, saya ambil gambar..rindu pulak kat haruman nya...

Okay, harapnya ada yang dapat di pelajari pasal Manuka Honey ni. Lain kali saya akan buat review pasal Honey Tok Guru dan Honey dari Iran.

Ketenangan dan keredaan hati akan menyerlahkan kecantikkan anda. Semuga kita selalu muhasabah diri dan gembira dan bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Senyum manis selalu menyambut weekend.

Cheers,
Puan CantikManis

Wednesday 23 February 2011

Konjac Tuber

Assalamualaikum

Bagaimana hari anda hari ini? Saya agak down sikit.....

Anyway, hari ni saya nak citer pasal Konjac Tuber, sejenis tumbuhan yang telah di amalkan oleh orang2 Jepun sejak lebih 1000 tahun lalu.
Kesannya - tumbuhan ini mengandungi bahan yang boleh mengekalkan kelembapan kulit dan menyokong menjadikan kulit lebih tegang, lembut, dan kurangkan flacky skin, gatal2 kulit.

Bahan dari Konjac Tuber ni di extract dan di gunakan dalam kebanyakkan bahan kecantikkan buatan Jepun seperti Shisheido. Samada dalam bentuk pil atau dalam emulsion seperti air collagen.

Alahai - apasal gambar tak leh post kat sini...lak...tolong...

Ujian2 clinical telah menunjukkan kesan yang sangat baik kepada wanita dan lelaki.

Okay lah, esok saya upload la gambar nyer...
Akhlak tercantik adalah akhlak Nabi Muhammad s.a.w - Puan Cantik Manis

Tuesday 22 February 2011

Kes penipuan di China selepas Melamin..dan cosmetik tiruan di Malaysia!

Assalamualaikum,

China ni apa nak jadik la...hari tu kes melamin, ni kes "leather milk" pulak.
Kes penipuan sbb nak untung banyak!
"Leather milk" di namakan tragedi ini sbb bahan terlarang tu sebenarnya bahan dari binatang yang digunakan dalam pembuatan kasut leather). Bahan2 ni bukan food grade tapi untuk industrial grade. Tapi sbb dari binatang so ada unsur2 protein, so depa pi masuk dlm susu. Protein yang bukan diproses utk food grade bahaya sbb boleh merosakkan organ dalaman.
Kenapa protein dari binatang dan synthetic mcm melamin d masuk dlm susu?
Sbb bila depa jual susu fresh, di bayar mengikut kadar protein dan fat nya. Lagi tinggi protein lagi mahal harganya.. Tapi susu ni dia ikut seasonal, ada musim tinggi protein dan seterusnya akan rendah sedikit...yer lah quality susu ikut pemakanan, cuaca dan sebagainya..

"Leather milk" scare in China

China has sought to calm public concern about the new milk safety scandal, saying it has stepped up scrutiny of production.

Petikan dari onlin DW-World.DE
 
Malaysia - la balik2 kes kosmetic tiruan. Yang ini dah lama dah kes nya, yang mana bila nak berdaftar, pihak syarikat akan bagi yang terbaik dan bila dah dapat kelulusan, mula lah letak kan bahan2 terlarang sbb selalunya nak cepat dapat results dan nak murah kan kos produksi....yang terima kesan - pengguna, walhal peniaga untung besar..
 

Mengikut berita harian, produk Body Trimz ni ada bahan terlarang, saya gi tengok RM 75 untuk 10 sachets. Atau RM 7.50 untuk 1 sachet. Tengok kan bahan2 nya macam biasa ajer..tapi bila berita harian kata ada sibutramine. Tak tahu lah betul atau tak pengeluar ada masuk kan bahan ini tapi ini ikut berita harian, so apa tu sibutrame ( sebut see boo tra men)
Untuk yg nak tahu -ni yang bahaya sbb bahan ubat ini selalunya di beri kepada orang yang obese ( gemuk giler la tu) dengan diet yang rendah calori. Dan ubat ni tak boleh sesenang hati di ambil kalau seseorang tu juga ada ambil ubat bersangkutan demam selsema, sakit jantung, etc.. Bahaya tau, nanti lelaki tu nak jadik 'gagah perkasa' tengok terkulai selamanya...cam ner?
 
NURIZ - DAY & NIGHT CREAM

Semua gambar2 ni ada dalam internet, kalau you all nak tengok tapi apa yang saya nak cakap kan, kalau membeli bahan2 pencuci muka, lipstick, bedak, ( pemutih) dan sebagainya...cuba baca betul2 dan tengok label serta cari lah maklumat yang baik.

Kadang apa bila product tu bagus, tapi sbb mahal so adalah yang jadik cetak rompak, buat yg murah dgn packaging yg sama dan jual dgn harga sket rendah..tapi quality  - hampeh!

Kadang saya terpegun bila tengok org beli SKII kat pasar tani atau beli branded item kat Pasar Tani dgn harga yg jauh murah cuma packaging jer sama. Dah tentu tiruan tapi nak jugak beli...

Tanda2 kulit tak sesuai bila pakai, muka jadik merah2...
Muka jadik rasa sangat 'tegang' dan amat sakit bila kena cahaya matahari
Dan akan ada tompok hitam bila atau jeragat yang cepat naik bila muka kena matahari..

Bibir akan bengkak dan mengelupas..

So - jaga lah diri dan anda amat berharga..kalau tak mampu..pakai bedak sejuk ajer...serius!!
Bahan pencuci / bedak yg anda buat lagi tinggi quality...dari beli bedak atau pencuci palsu

Contoh - bedak sejuk yg d buat sendiri dan di simpan bersama bunga tanjung - best!
Atau jamu untuk sihat gabungan beberapa bahan khasiat seperti khurma ( sweet), manjakani (untuk penyembuhan) - masak dan sejuk kan serta simpan dalam botol kaca. Tahan utk beberapa hari.

Atau madu segar + teh + hirisan lemon - menyegarkan.
Vanilla + susu - hmm...hmm...

Okay - nanti, kita kongsi lagi cerita. Saya sekarang cuma pakai Body Shop dan L'oreal, itu yang serasi, dulu pakai juga Clinique dan EL...hehehe..Janji serasi - ok. Tengah menengok2 SKII range tapi tunggu stok yg ada ni abih...

Body lotion jgn di tinggalkan...penting..sbb kulit kita ni mana cukup nak tahan moisture tu, so rajin2 la sapu kat badan, leher, siku,  dan segala.. Bukan senang nak cantik...Dan kalau gi tempat sejuk atau selalu dok dlm air-cond, lagi la..pakai lebih2 sket.

Err..jgn lupa kalau tak ikuti cerita Vanilla bean di post terdahulu!

Barang yang asli untuk kecantikan yang lebih lama - Puan Cantik Manis.

Vanilla Bean - untuk cantik dan untuk sihat

Assalamualaikum,

Hari anda ceria tak hari ni? Saya agak biasa dan kelam sikit. Sbb lepas lunch, dapat news pasal Christchurch kena earth quake. Just last month, saya kat sana, masih terbayang kwsn yg cantik2..dan musnah some of the building. Harap x berlaku d M'sia. Tgh hari, 6 biji laptop kat ofis kena curi, just in 5 min. Tension kan, nasib baik ada back up. Then balik jumpa 2 accidents - what a day! So, I need the good drink..!

Vanilla Beans - pernah tengok tak ?
Okay yang ini, atas pisau tu ialah seed vanilla - wangi giler dan amat pleasant. Saya masuk kan dalam masakan masa buat kek dan sebagainya.


Dan atas pinggan tu, gambar penuh 2 vanilla beans.  Selalunya orang selalu kaitkan vanilla dgn flavour dan keunikkan baunya. Tapi tak ramai yang tahu kebaikkan Vanilla.

Zaman dulu, org2 lelaki yg impotent, di galakkan minum campuran Vanilla untuk jadi 'hebat'. Konon nya ada article dari Jerman sejak zaman 1700 Masihi, ramai orang lelaki yang dah ' tak larat dan berkemampuan' di suruh minum campuran vanilla dan menjadi kekasih yang 'hebat'..

Okay - okay - jangan tanya apa campuran yg sebenarnya, sbb saya tak dapat formula nyer. Kalau saya dapat, boleh saya dissect the recipe and hidupkan kembali 'ubat tu'..pada sapa yg nak la kan...hehehe

Vanilla ni juga di katakan sebagai anti-oxidant, iaitu yang menghalang oxidation. Err..apa oxidation dalam bahasa yer?  Lebih kurang kalau certain chemical reaction tu oxidise so terbentuk lah reaction yang tak elok, so anti-oxidant menghalang la..atau mengurangkan..

Saya suka baunya..bukan sahaja dlm cake dan makanan, salad, tapi boleh juga masuk dalam gula, dalam honey dan kalau kulit vanilla bean - dah tak nak bila dah ambil seednya, gunakan vanilla pod tu dalam rendaman kaki. Masukkan garam + kulit Vanilla ni..dan dalam air suam, rendam lah kaki yang penat bekerja, insyAllah..boleh lega.

Kalau buat minuman cokolat, biarkan chocolate tu di letak air panas, dan heat up sikit susu + Vanilla dan tuangkan dlm minuman cokolat tu...sedap.

Cara terbaru, masukkan Vanilla seed dari Vanilla pod ke dalam air kelapa muda dan goncang macam buat shake and letak ice sket.. ( Ni belum cuba - tapi nampak mcm best)

Saya gunakan juga Vanilla ni dalam mandian + susu ( ni kalau rajin - tapi pernah buat 3 kali, best!)

Saya beli Vanilla Bean ni dari Indonesia, sbb yang saya dapat di tanam secara manual dan tanpa bahan kimia, baja asli..Kalau Gred A, panjang Vanilla pod ni lebih kurang 20cm, kalau Gred B lebih kurang 18 cm. Makin panjang dan gemuk, makin banyak Vanilla seed dan makin wangi. Para chef mmg beli berdasarkan panjang dan tebal nya. Tapi kalau chef nak buat Vanilla extract, tak kesah sangat, panjang 14-15cm pun okat tapi mesti ada lebih kurang 6-7 Vanilla pod untuk setiap extract.

Harga Vanilla beans mmg mahal sket sbb dia ikut pada pasaran. Kalau original Vanilla flavour selalunya beribu-ribu ringgit sekilo. Kalau synthetic tu dalam less than RM100 a kilo, so you all boleh imagine lah pasaran Vanilla beans ni. Saya yg dah lebih 15 tahun dlm kerja ni dah berbagai jenis Vanilla flavour saya temui, analysis dan cuba dalam resipe2 saya. Ada yg best mcm Vanilla Shake, Vanilla Ice cream dan berbagai2.

Dan ini antara ice cream Vanilla paling best saya rasa is Kapiti brand - Super Premium brand dari NZ.

Okay lah - sesiapa yang concern pasal wangian, pakai lah Vanilla dari Vanilla pod yang original sbb byk Vanilla kat pasaran adalah synthetic/ dari chemical  atau dari di olah dari kulit batang pokok.

Okay, harapnya anda ingin mencuba atau sekurang2nya mendapat ilmu baru hari ini.

Hati yang bersih, mencantikkan jiwa - pesanan untuk cantik dari dalam.

Semuga ceria selalu - dari Puan Cantik Manis

Monday 21 February 2011

Inulin and Oligofructose - Apa kebaikannya?

Assalamualaikum,

Mari kita sambung kembali cerita inulin ni. Banyak product skrg ada campuran inulin, lepas tu boleh terus claim superiority..Ceh! tak baik kan tapi itu lah gimik peniaga. Tetapi sebenarnya inulin ni bagus dan banyak kebaikkan nya.
Inulin ni dari sumber tumbuhan, ia adalah salah satu dari jenis 'soluble fibre'. Sebenarnya kita dah pun lama makan inulin dari dalam bawang, asparagus, garlic, bananas...tapi yang selalu di masuk kan dalam makanan dan minuman yang di proses adalah dari chicory roots. Tumbuhan ni banyak di Belgium, rupanya seakan lobak putih tapi bukan lobak putih. Tumbuhan ini akan di proses dan akhirnya hanya serbuk putih yang dihasilkan mengandungi sekurang2nya 89% keaslian inulin. Maksudnya yang lain tu adalah campuran carbohydrate ( polysaccahrides) yang lain dan kelembapan untuk mencukupkan ke 100%.

Hah - ini bahasa orang membeli ingredients. Setiap ingredient ada sedikit kelembapan, lagi tinggi kelembapan, tak elok nanti shelf life pendek dan rugi sbb kita beli bayar kelembapan dan bukan nutrient. Kelembapan or Moisture untuk kebanyakkan nutritional produck, bila di tulih dalam panel nutrisi tu, selalunya tak melebihi 4%. Tak caya - gi tengok label kat susu tepung atau Milo atau produck2 minuman dalam bentuk powder.

Oligo - maksudnya pendek atau sedikit dalam bahasa greek..oligofructose  - maksudnya molekul fructose yang pendek2..hehehe...ni refer pada structure product ni..     Senang kan sebenarnya nak buat nama...
Jangan lepas ni ada panggil si mamat oligo atau minah oligo refer pada mamat pendek sudah!!

Oligofructose sama klas mcam inulin - adalah soluble fibre. Tapi dari segi bahan - mahal sket sbb purity levelnya tinggi dari inulin. Lebih kurang 92%

Dalam makanan yang di proses mengikut perundangan Malaysia,  inulin ni boleh mencapai tahap prebiotic bila memenuhi 2g untuk setiap hidangan.. Maksudnya bila buat 1 gelas seperti yg dicadangkan..kandungan Inulin tu adalah 2g. Tak caya lagi? Pergi tengok sekali lagi kat label minuman kegemaran you all, mesti ada maklumat pasal nutrisi untuk setiap hidangan.
Tapi FOS atau oligofructose hanya perlu 1.25g untuk satu hidangan dah boleh dapat gelaran prebiotic.

Teknikal sangat ker....?
Meh..baca lah sket lagi..sbb apa prebio tu elok sangat

Sebab dalam perut kita tu ada banyak bakteria..Bila kita makan Inulin dan FOS ni, bahan ini tidak dapat dicerna oleh asid2 dalam perut tu, so dia terus ke usus besar. Kat usus besar tu, bila dah sampai kat sana, maka apa lagi - proses penapaian berlaku la..proses ni bagus sbb ada certain chemical reaction yang menurunkan pH dan proses penghasilan lactic acid. Dan beberapa chemical reaction yang lain - errr..kalau saya terangkan , nanti you all tak larat nak baca..we make it simple lah kan...

Penyediaan usus yang baik untuk mengalakkan bakteria baik, dan penurunan kadar bakteria jahat.

Sebab itu, kalau susu tepung untuk kanak2 yang ada bahan ini pada kadar yang baik, najis baby pun tak keras..lembut dan tak berwarna hijau.

So, you all pun boleh tengok, kalau najis warna hitam kelat dan hijau tu, tak tahu lah apa dalam perut you all tu...So, elok lah makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

So, pengambilan product yang ada Inulin dengan kadar prebiotic baik untuk mengekalkan kesihatan perut yang baik.

Inulin dan FOS ni pun baik untuk orang diabetic, sbb ia ada rasa manis sedikit tapi sbb dia tak affect glucose level sangat, so baik utk org kencing manis.

Study juga telah menunjukkan pengambilan inulin dan FOS yang berterusan turut dapat mengalakkan penyerapan calcium yang baik untuk tulang.

Antara kebaikkan lain yang saya tak dapat nak terangkan tapi boleh anda cari lagi kalau nak ialah untuk pencernaan so kurangkan constipation. Senang buang air besar lah kata orang.

Inulin dan FOS ni jugak - kalau dalam formulation, saya boleh kurangkan lemak sbb dia akan memberi 'texture' atau body pada minuman..so kurang lemak tapi masih sedap. Dan sebagai soluble fibre, tenaga yang di beri cuma separuh dari carbohydrate biasa, so bila tak tinggi energy, jgn risau utk gemuk la kan..

Okay - cukup la...kalau ada yang interested nak beli atau nak masuk kan dalam formulasi anda, boleh contact saya kat special.ingredients@yahoo.com  Mana lah tahu kot2 nak buat minuman kat rumah masukkan inulin or FOs pun boleh juga.

Hari tu saya buat spagetti sendiri pakai mesin pasta tu, dan masukkan Inulin sedikit..hehehe..anak2 saya makan sedap ajer..Tu lah, mama suruh makan sayur untuk dietary fibre tak nak, so mama kena lah masuk kan dalam makanan kegemaran. Anda pun boleh masukkan sesudu kecik Inulin dalam sup macam Mushroom untuk dietary fibre anda..

Okay, Puan Cantik Manis ada formula nak d buat malam ini...Esok2 saya cerita pasal Vanilla Beans pulak yer..My favourite bean!

Makan bila lapar, berhenti makan sebelum kenyang..Petua Cantik dari Puan Cantik Manis...hehehe...

Selamat Berehat....

Puan Cantik Manis

Sunday 20 February 2011

Inulin, Oligofructose - what is this ingredient?

Assalamualaikum,

Nak menulis semalam, tapi sebab beli cadar baru dan katil dah macam kat hotel ajer, hmmm...terus terlena. Tapi sebenarnya dah kepenatan bershopping bersama anak-anak sementara suami gi mengajar.

Pernah tak you all nampak bahan Inulin atau Oligo, ini dalam makanan dan minuman. Kalau yang ada baby tu..dalam susu tepung pun ada, kalau yg suka minuman org kampung pun ada, dalam cereal pun ada, dalam mcm-mcm lagi lah..byk yg ada. Kadang2 depa advertise kan "Oligo" dan kadang " inulin".

Okay - byk cerita pasal ni, tapi dah nak kena gi kerja la beb. Malam nanti saya sambung tapi saya rasa anda patut tahu tentang ingredient ni dan benefits nya..

Sket nanti saya sambung ya!

Cheers - Puan Cantik Manis

Saturday 19 February 2011

Collagen dan kecantikan

Salam,
Hari ini mari berbicara mengenai kolagen atau collagen. Nak cantik kan? Hampir kesemua 'reason to belief' marketing aspect untuk product kecantikan sekarang adalah menggunaka collagen. Tapi apa tu collagen sebenarnya? Collagen adalah satu dari jenis protein. Manusia turut menghasilkan collagen dalam badan. Collagen ni macam lebih kurang fibrous la, ia menyambung dan bagi sokongan pada tisu badan yang lain seperti kulit, tulang, tendon, muscle. Dalam badan manusia, collagen ni membuat sehingga 25% jumlah protein dalam badan.
Tapi bila dah banyak sangat product ada collagen, macam tak tahu nak beli yang mana kan....Yang saya nak citer sikit ialah Kinohimitsu Beauty drink. Ada 2500mg fish collagen dalam 1 botol 50ml nya. Banyak la tu kan, macam dkt 5% gitu collagen dalam drink ni. Sebenarnya sbb saya pun membuat formula, jadi saya selalu deal dengan barangan2 ni. Collagen ni macam serbuk putih ajer setelah di proses. Bergantung kepada siapa yang menghasilkan dan dari mana, ia mempunyai fungsi dan rasa yang berbeza.
Collagen dari ikan, kadang2 sangat hanyir baunya, sebab tu bila minumam yang ditambah collagen, biasanya mempunyai bau yang kuat. Flavour yang dimasukkan untuk 'mask' bau collagen ni, Kalau tak, ya Allah, tak larat ler kome nak minum. Bau ikan nya sangat hanyir. Tapi, product Japan ni, kira okay lah. Rasa dan bau laici yang kuat...kan dah cakap sbb nak mask bau ikan tu..tapi okay lah rasanya.

1 pek of 6 botol x 50ml atau total 300ml adalah sebanyak RM 89.90. Bagi yang 1st time minum, kena minum 1 botol setiap hari. Mahal lah wei...lebih kurang RM14.98 sehari. Oooi...mahai ler kalau nak terus kan macam ni..tapi meh la cuba...mana lah tahu...

Ni kalau kawan aku yang jual ingredient collagen ni tahu aku try, mesti depa ketawa giler kat aku. Sebenarnya aku ni pun ada produk collagen, tapi masih dalam testing, tunggu confirm test tepat baru boleh  berada di pasaran, so sementara tu check la product yang dah sedia ada...

Kinohimitsu J'pan Beauty Drink for 


Kami dari bidang berkaitan makanan ni kadang2, ambik ajer 1 sudu pure collagen masukkan dalam minuman. Tapi mmg tak larat la sbb baunya yang agak hanyir. So sbb tu saya formulasikan dengan rasa yang lazat. Tunggu.......

Berbalik cerita asal collagen ni, ada juga collagen dari tulang sternum ayam. Tapi masih tidak terdapat di Malaysia. Ia di hasilkan dari tulang ayam yang berusia 6 minggu. Tak boleh imagiine, ayam yang di tetas dan jaga sampai 6 minggu untuk dapatkan collagen nya. Ingat tak tadi saya kata collagen juga ada dalam mamalia. So - biasala ..binatang yang sedang di ternak itu, iaitu khinzir turut terdapat collagen di hasilkan darinya. Sebab itu, berhati-hati bila beli produck di luar negara pasal collagen. Baca informasi tentang collagen. Kalau dalam informasi product tu cuma kata collagen, tengok lah tanda halal. Kalau ada tulis fish collagen, sekurang-kurangnya kita tahu ia dari sumber yang halal. Tetapi hasil dari pemerhatian saya, kebanyakkan product collagen di Malaysia adalah dari sumber marine. Apa-apa pun baca label dan pastikan sebelum membeli.

Dan jangan lupa juga, nanti bila produck saya dah ada di pasaran, saya inform kan..bukan saja ada collagen dengan kadar yang tinggi untuk kecantikan tetapi juga dengan gabungan bahan yang bermutu tinggi dan rasa yang sedap..insyAllah.

So, nak tahu lagi pasal collagen? Nanti lah  - tak best la nak buat review product orang ajer...nanti sesapa yang nak mencuba produck saya, let me know...saya bagi free sample. So, rajin2 lah mengunjungi blog ni.

Senyum - senyum selalu kerana senyuman menyegarkan otot ...

Cheers!

Friday 18 February 2011

Mari berkenalan

2009 dan 2010 telah menunjukkan peningkatan mendadak akan product-product kecantikan di pasaran di Malaysia. Tetapi sebenarnya, sejak sedekad lalu negara seperti Jepun dan Korea telah lama mengamalkan 'functional food' yang boleh menaik tarafkan kesihatan. Malah perundangan bahagian pemakanan mereka telah amat arif dan telah ada bahagian khusus dalam menilai product2 ini. Tidak heran mereka begitu advance sekali dalam bahagian ini.
Hari ini dengan perkembangan Multi Level Marketing, produk2 kesihatan ini telah di perluaskan. Bukan sebenarnya untuk kesihatan tetapi mungkin lebih kepada profit dan keuntungan yang besar dari perniagaan ini, maka product-product kesihatan ini telah digunakan sepenuhnya. Entah benar atau tidak, barangan MLM kena dijual pada 700% dari harga kos pembuatan untuk memberi 'untung' kepada setiap yang terlibat. Tapi 700% munkin exaggerate tapi tak mustahil. Mungkin ada benarnya sebab macam mana nak bagi kat upline, downline dan lebih2 lagi yang ada 'kaki' kiri dan kanan. Tapi pihak kerajaan telah mengiktiraf MLM, so no komen. Mereka lebih arif dan perundangan bukan lah isu yang nak dibicarakan di sini.
Pengalaman dan pemerhatian dalam product2 ini mengajak saya untuk memberi komen dan review akan product2 ini. So, insyAllah..kita akan mulakan sedikit, demi sedikit...dan anda yang cantik manis dapat manfaat dari komen2 saya.
Selamat datang ke blog saya dan lawati lah saya selalu..
Salam Manis dari Puan Cantik Manis