Saturday 12 March 2011

Kenali gula yang anda ambil

Assalamualaikum...

Gula adalah satu dari bahan ramuan yang paling banyak digunakan oleh orang Malaysia. Di dimasukkan dalam setiap minuman, makanan pencuci mulut, kueh - mueh, cakes, donut, makanan pagi dan makanan untuk hidangan malam ; atau boleh dikatakan hampir dalam setiap jenis makanan. Betul? Cuba duduk diam2 dan fikirkan sejenak..dalam 24jam yang lepas, waktu makan anda yang manakah tidak ada campuran gula...?

Gula biasanya di sebut sukrosa..dalam struktur kimianya..adalah disaccharides..mempunyai pelbagai kegunaan dalam masakan dan minuman. Selain memberi rasa manis, ia juga mengimbangkan rasa cuka yang masam dan mengimbangkan rasa cili yang pedas. Ia juga turut memberi 'body' atau texture kepada minuman...

Hmm ..pelbagai kegunaannya..tapi tahukah anda kesan sampingan gula dalam badan. Apabila gula diambil secara berlebihan, hormone adrenalin turut dirembeskan secara banyak dan menyebabkan anda dalam mood stress. Ini kerana hormone ini dikenali sebagai hormone for "fight or flight". Ketika dalam stress, anda akan kurang focus dan tidak dapat menjalankan sesuatu kerja dgn baik. Begitu juga kalau anak2 anda mengambil gula dalam kandungan yang tinggi, dia akan tidak lalu diam, ada ajer yang nak dibuatnya tapi sebenarnya dia tidak focus dan mungkin gagal menyelesaikan satu2 task yang diberi. Hati2 gula yang berlebihan dalam makanan anak anda!!!!

Dan apa yang lebih risau..ramai tidak tahu gula bukan sahaja terhad kepada sukrosa tetapi banyak lagi bahan ramuan yang bertindak seperti gula tetapi dalam nama yang berlainan..ini terutama dalam minuman 3 dalam 1, dalam minumam sedia untuk diminum, beverages, susu kanak2 dan makanan.

Antara nama2 gula yang di tambah dalam makanan yang diproses ini adalah glucose syrup solids atau pepejal sirap glucosa, corn syrup solids atau pepejal sirup jagung - bahan2 ini adalah agak sama cuma kadang kala bila bahan asas bukan jagung tapi mungkin barley atau ubi kayu maka lebih ramai yang menggunakan nama glucose syrup solids. Mereka di proses dalam keadaan yang sama melalui proses acid hydrolisis yang mana pencernaan karbohidrat complex berlaku untuk menghasilkan molekul2 gula yang lebih pendek rantaian molekulnya tetapi biochemical prosess dalam badan sama seperti gula. Apabila proses ini berlaku karbohidrat itu boleh digunakan dan berfungsi sama macam gula yang selalu diambil. Bezanya - bahan ini kurang manis dari gula oleh itu bila di masukkan dalam makanan yang di proses, ia boleh di tambah dengan banyak tanpa disedari oleh pengguna. Akibatnya pengguna sebenarnya kurang sedar yang mereka telah mengambil banyak gula tanpa disedari.

Bagaimana nak tahu? Cuba baca label pada makanan anda termasuk makanan kanak2. Bahan2 dalam label makanan telah di mestikan mengikut undang2 supaya dilabel mengikut kandungan dalam resipi iaitu dalam descending order. Jadi makin awal bahan itu dalam label ( ingredient listing) maka sebenarnya bahan itu paling banyak dimasuk dalam resipe makanan itu. Untuk susu bagi kanak2, sekiranya tiada dalam ingredient listing paling bagus, tetapi kalau ada pun, jangan lah di tempat tiga teratas..

Anda sebagai ibu bertanggungjawab untuk kesihatan anak anda..dan diri anda..berilah yang terbaik untuk keluarga...Biar spend masa lama sikit ketika membeli dan faham apa yng anda beli ...

Hmm..saya banyak lagi nak citer pasal gula ni..kita sambung di next posting yer!

Senyum - senyumlah selalu. Kejujuran hati terserlah dalam senyuman dan wajah yang manis.
-Puan Cantik Manis

1 comment:

  1. kurangkan gula dalam makanan
    lebihkan manis dlm senyuman!

    ReplyDelete