Wednesday 2 March 2011

Breastfeeding

Assalamualaikum,

Anda gembira hari ni? Saya bercampur-campur..itu lah kehidupan.
Berebut -rebut bayar saman, tgk hishamuddin kata, extend lagi 10 hari...dah bagi 6 bulan then extend lagi 10 hari...it's just unfair to people like us who pay before the dateline...kan?

Saya ni nak cakap sikit pasal breastfeeding. Kalau anda ada anak kecik, bagilah susu ibu. Bukan sahaja mengeratkan bonding tapi sangat baik. Saya tak tahu mcam mana nak terangkan tapi sehingga kini, macam mana best pun susu formula dari kompeni mana pun kat dunia ni, susu ibu paling baik. Cuma bila anda dah tak boleh sgt menyusukan anak dgn susu ibu, baru lah try susu formula. Tapi ibu-ibu yang menyusu pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat. Pantang tu boleh tapi jgn lah susu pun tak boleh minum, asyik minum kopi dgn biskut kepala lutut....mana nak ada khasiat.

Ibu-ibu yang menyusu kan anak, tolong lah makan makanan yang berkhasiat, kalau tak boleh jugak, makan supplement seperti calcium, DHA dan you need a lot of energy. Apa di kisah kan kalau badan sedikit berisi masa ini, tu anak tu investment yg paling besar. Lagi pun am sure husband dont really mind, janji yang "penting" tu dah baik, bersih dan cantik semula.

Dalam pantang, masa yang paling sesuai menjaga badan tapi kadang perempuan ni sedikit malas termasuk lah saya. Masa anak pertama, mak dan opah jaga, huish..dah deliver anak sulung yg 3.8kg tu, masih macam anak dara..chewah! angkat bakul sendiri la...

Tapi dah masuk anak2 seterusnya, sendiri jaga...mula lah malas....and menyesal indeed. Kalau tidak mesti Puan Cantik Manis lagi Cantier Maniser...wakaka...

Ketika dlm pantang, bawa lah berehat, mandi dan makan dengan cukup dan pastikan emosi anda tenteram dan tidak kacau. Jangan di bawa perasaan cemburu, kdg2 wanita ni pelik, husband pergi kerja pun cemburu sangat. Padahal dia mencari duit untuk keluarga, doakan dia yang terbaik untuk anda, family dan keselamatan dan juga keimanannya. Post natal depression is very dangerous, sbb tu ada bila meroyan nak bunuh baby sendiri dan dah byk kes dalam M'sia ni.

Masa pregnant, baca byk doa dan surah2 Yusuf, Mariam dan Taubat. Dan ada doa masa mengandung. Baca sepanjang pregnancy dan masa tu doalah untuk keselamatan masa melahirkan dan kestabilian emosi serta kesihatan yg baik sepanjang berpantang. Sbb lepas bersalin , anda dah tak leh solat selagi darah nifas ada, so doa byk2 untuk menghadapi masa bersalin dan berpantang.

Okay, susu ibu tu bukan sahaja baik dari segi kandungan tetapi telah di olah untuk baby menghadapi hidup. Colustrum yg terdapat masa beberapa hari adalah untuk develop baby punya immune sistem lagi kuat.  Yer lah, baby tu duduk dalm perut dlm keadaan sterile, bila dah keluar mcm2 bahan tercemar jumpa. Sebenarnya, ketika baby melalui saluran vagina ibu dalam proses melahirkan, terdapat backteria yang baik yang akan di bawa oleh baby untuk menguatkan daya tahan nya juga.

Ketika ini, ada produck untuk ibu-ibu yang melahirkan anak secara Sec-C untuk memberi kebaikkan ini. Tengok sampai ke situ, penyelidik cari sumber..macam2 kat pompuan ni tau!

Colustrum tu tak tinggi untuk sepanjang susu yng ada pada ibu, sbb bila baby dah develop dan bila dia dah mula adapt, jadi akan baik. After roughly few weeks mmg kandungan colustrum dah mula rendah. Sbb tu saya kurang yakin bila susu nak di tambah Colustrum yang menjadi sumber IGG sebenarnya. Anyway - untuk orang yg sakit mmg la perlu tapi orang sihat untuk ambil Colustrum setiap hari...hmmm...I need to study more on this I guess..but what I see so far doesnt convince me ..

Baby perlukan iron sbb masa ni tahap pembesaran paling cepat dan memerlukan oxygen, so iron pembawa oxygen yang baik. Sbb tu dlm makanan baby perlu ditambah iron. Begitu juga jika ibu menyusukan anak, pastikan anda makan sumber iron yang baik seperti daging.

Eh - panjangnya pasal baby - ada banyak lagi...tapi nnt kita cerita lagi.

Ibu-ibu yang menyusukan anak, walau anda ada anak kecil. pastikan diri tetap cantik dengan kemas dan segala terurus. Jangan biarkan badan tidak berjaga sbb mungkin anda kuat skrg, rasa okay ajer  tapi 'sakit' nya datang bila anda dah mencecah lebih 40 tahun...so take good care.

Ibu - tidak pernah sekali pun aku lupa, walau ke mana jauh ku pergi, doa ku pada mu tetap tidak pernah lekang di mulut dan di hati. Engkau lah ratu ku...Puan Cantik Manis

3 comments:

  1. as salam
    sungguh best n3 puan cantik manis kali ni.rasa mcm tak cukup!nak baca lagi!plus 2011 saya nak plan for another baby (babies??).

    panduan puan cantik manis akan senantiasa dipegang!thnx for ur sharing n caring!

    p/s:boleh share tak artikel ni kat blog i???

    best regards
    rose

    ReplyDelete
  2. Boleh - kalau ada sedikit ilmu yang boleh dikongsi - sila lah...
    Wow ! Another baby - best tu...:)

    ReplyDelete
  3. i dah re-post di http://fizarose.blogspot.com/2011/03/untuk-semua-wanita-ibu-dan-bakal-ibu.html
    dan share di FB!

    ReplyDelete