Friday 4 March 2011

Breastfeeding - 2

Assalamualaikum,

Jangan kau pandang bibir yang manis,
Kerna ia bisa meracun mu.....

Okay - Anda sihat..? Pagi yang indah...lega setelah berjalan2 d waktu pagi dan bermain badminton bersama anak2 saya. Perempuan ini sebenarnya sangat sibuk. Tenaga dan badan kita berbeza dgn kudrat lelaki. Sebab itu kalau anda telah di lahirkan sebagai perempuan, janganlah cuba menukar kepada lelaki !

Kerja saya menuntut outstation adakalanya, meninggalkan anak2 dan suami d rumah. Bila d M'sia - kerja pulak dari pagi sampai lewat. Susah nk tgk balik on-time. Sbb tu masa2 d rumah yg terhad kena tumpu pada family. Kalau ada socialising pun kena balik by 11malam. Anak dan bapak berebut nak berckp ngan mak yg selalu x der kat rumah. Dan yg penting - saya ingin bersama mereka sblm mereka meninggalkan saya utk belajar lebih jauh atau bekerja ...kan? Tapi ramai yang tak faham..apatah kerja2 kebajikan ...yer lah bukan senang nak buat kerja baik tapi kita sendiri mesti tahu di mana had kita....kan?

Apa la saya merepek ni? hehehe...

Hmmm...cerita breastfeeding bersambung sbb saya mmg suka bab ini. Melihat bayi lahir pada saya adalah satu keajaiban..ini lah yg disebut dlm Quran yang ia boleh menjadikan "dari tiada kepada ada". Memahami proses kejadian manusia adalah satu yg boleh membuka hati, minda dan perasaan terhadap kekuasaan yg Maha Esa. Setiap detik dalam kandungan, ibu itu turut dilindungi dan sentiasa didoakan oleh Malaikat..Hebat jadi perempuan...Anak dalam kandungan melalui saat penting penciptaanNya...sebab itu ibu di galakkan berdoa. Dan yang penting bapa turut membaca Al-Quran dlm tempoh ini ...Dan tentulah bahagia jika dlm tempoh ini segala berjalan lancar...oleh itu, kalau boleh buat lah persediaan untuk ada anak...Sbb jika 'teraccident' atau minda x sedia, adakalanya boleh mempengaruhi anak dlm kandungan...

Sbb itu. sejauh mana saya berjalan dlm urusan kerja yang membawa saya ke merata tempat dlm dan luar negara, saya melihat manusia itu semua sama. Sebab kejadian penciptaan manusia itu sama dan dijadikan oleh Tuhan yang satu. Siapa kita untuk melihat orang itu hodoh sedangkan Tuhan yang menjadikan kita adalah yang sama menjadikan orang itu? Siapa kita untuk berkata orang yang berkulit hitam itu perangai seperti 'ula' sedangkan ia juga dijadikan oleh Tuhan yang mencipta kita.. Perangai manusia itu banyak berubah disebabkan oleh didikan, pengaruh sekeliling ....sbb itu 2 kembar seiras yang dibesarkan dlm suasana yg berbeza akan berbeza personaliti.....

Apa relevant nya cerita ini dlm konteks perbincangan ini? Yang penting - kita sebagai ibu bapa harus mendidik anak2 yang diciptakan Tuhan untuk kita dalam suasana yang boleh membentuk peribadi dan personality yang baik...Sukar bukan...?

Satu daripada personaliti yang indah adalah memastikan anak2 mendapat pemakanan yang baik.
Tahukah anda, pewarna tiruan di dalam makanan boleh membahayakan dan mempengaruhi perangai anak2 anda..? Bukan sahaja anak anda kena elak makanan2 ini tapi sepanjang tempoh mengandung juga, pastikan anda tahu apa yang anda makan....

Tahukah anda - susu ibu telah lengkap untuk bayi membesar. Anak anda yg baru lahir dlm proses pembesaran yang amat laju, memerlukan tenaga sbb itu susu ibu sebenarnya amat padat dgn khasiat. Tinggi tenaga, kerana pada masa ini, perut bayi amat kecil dan apa yg boleh diambil akan ditukarkan kpd tenaga utk membesar, sbb itu memerlukan makanan dgn tenaga besar. Sbb itu dlm formulasi susu formula bayi, anda akan lihat kandungan lemak nya sangat tinggi sbb masa ini mmg bayi amat perlukan lemak.

Tapi susu ibu penuh keajaiban! Selain lemak dan protein yang betul..terdapat antibodi, terdapat enzyme, terdapat vitamin dan minerals dan terdapat sumber serat yang sesuai untuk bayi dan byk lagi...

Apa yang anda fikirkan? Ketika saya mula tahu keajaiban susu ibu, hampir saya menangis dan sujud lama padaNya kerana sesungguhnya Tuhan itu amat detail dalam penciptaanNya...siapa kita untuk meniru penciptaanNya ?....kita amat kerdil...Ilmu kita umpana setitik air yang dijatuhkan ke lautan..itu pun setitik yg diberi oleh Tuhan dalam cuba melihat ilmuNya yang amat luas...........

Tetapi saya tidak menolak 100% susu formula  kerana  - sebenarnya tujuan mula ia dihasilkan adalah untuk menolong bayi yang kehilangan ibu dan tidak mempunyai cara untuk di beri khasiat. Tapi kini... telah diluaskan penggunaannya..............Tetapi yang pasti setiap ibu mesti mencuba 100% dgn usaha supaya dapat menyusukan anak...kalau dah tak boleh atau ketika 'sesak' sahaja lah baru anda pilih options susu formula...
 mana mungkin penciptaan susu formula sebaik susu ibu dari ciptaanNya...

Di europe - amat jarang ada susu formula sbb ibu2 digalakkan menyusu bayi sendiri. In fact - lagi ramai anak dan lagi lama menyusukan anak - sgt digalakkan...Ini mostly bukan orang Islam yang tiada dalam agama mereka mengalakkan susu ibu tapi mereka percaya akan keajaiban susu ibu...Boss saya dulu pompuan duduk kat Denmark, mmg exclusive breast feeding selama 6 bulan..so kita berhubung dgn dia dari rumah ajer....atas urusan kerja..success jugak..byk jugak project implemented..so Msia ni apahal susah sgt ek?

Hmm...byk2 nyer pasal susu ibu dlm otak saya ni tapi yg saya nak citer esok2 is macam mana nak banyakkan hasil susu ibu dan apa ingredient yang penting kalau nak beli minuman untuk ibu2 dalam pantang...

Okay - selamat berhujung minggu...

Kecantikkan hati akan terserlah dalam perbuatan, percakapan dan wajah anda...Tiada alat mekap dan ubat dapat mencantikkan hati tetapi makanan yang halal dan sikap yang baik akan menghilangkan 'bintik-bintik' hitam di hati - Puan Cantik Manis

1 comment:

  1. as salam
    puan cantik manis memang bijak menulis. sungguh menyentuh dan sampai ke hati.keep it up!

    ReplyDelete