Saturday 12 March 2011

Kenali gula yang anda ambil

Assalamualaikum...

Gula adalah satu dari bahan ramuan yang paling banyak digunakan oleh orang Malaysia. Di dimasukkan dalam setiap minuman, makanan pencuci mulut, kueh - mueh, cakes, donut, makanan pagi dan makanan untuk hidangan malam ; atau boleh dikatakan hampir dalam setiap jenis makanan. Betul? Cuba duduk diam2 dan fikirkan sejenak..dalam 24jam yang lepas, waktu makan anda yang manakah tidak ada campuran gula...?

Gula biasanya di sebut sukrosa..dalam struktur kimianya..adalah disaccharides..mempunyai pelbagai kegunaan dalam masakan dan minuman. Selain memberi rasa manis, ia juga mengimbangkan rasa cuka yang masam dan mengimbangkan rasa cili yang pedas. Ia juga turut memberi 'body' atau texture kepada minuman...

Hmm ..pelbagai kegunaannya..tapi tahukah anda kesan sampingan gula dalam badan. Apabila gula diambil secara berlebihan, hormone adrenalin turut dirembeskan secara banyak dan menyebabkan anda dalam mood stress. Ini kerana hormone ini dikenali sebagai hormone for "fight or flight". Ketika dalam stress, anda akan kurang focus dan tidak dapat menjalankan sesuatu kerja dgn baik. Begitu juga kalau anak2 anda mengambil gula dalam kandungan yang tinggi, dia akan tidak lalu diam, ada ajer yang nak dibuatnya tapi sebenarnya dia tidak focus dan mungkin gagal menyelesaikan satu2 task yang diberi. Hati2 gula yang berlebihan dalam makanan anak anda!!!!

Dan apa yang lebih risau..ramai tidak tahu gula bukan sahaja terhad kepada sukrosa tetapi banyak lagi bahan ramuan yang bertindak seperti gula tetapi dalam nama yang berlainan..ini terutama dalam minuman 3 dalam 1, dalam minumam sedia untuk diminum, beverages, susu kanak2 dan makanan.

Antara nama2 gula yang di tambah dalam makanan yang diproses ini adalah glucose syrup solids atau pepejal sirap glucosa, corn syrup solids atau pepejal sirup jagung - bahan2 ini adalah agak sama cuma kadang kala bila bahan asas bukan jagung tapi mungkin barley atau ubi kayu maka lebih ramai yang menggunakan nama glucose syrup solids. Mereka di proses dalam keadaan yang sama melalui proses acid hydrolisis yang mana pencernaan karbohidrat complex berlaku untuk menghasilkan molekul2 gula yang lebih pendek rantaian molekulnya tetapi biochemical prosess dalam badan sama seperti gula. Apabila proses ini berlaku karbohidrat itu boleh digunakan dan berfungsi sama macam gula yang selalu diambil. Bezanya - bahan ini kurang manis dari gula oleh itu bila di masukkan dalam makanan yang di proses, ia boleh di tambah dengan banyak tanpa disedari oleh pengguna. Akibatnya pengguna sebenarnya kurang sedar yang mereka telah mengambil banyak gula tanpa disedari.

Bagaimana nak tahu? Cuba baca label pada makanan anda termasuk makanan kanak2. Bahan2 dalam label makanan telah di mestikan mengikut undang2 supaya dilabel mengikut kandungan dalam resipi iaitu dalam descending order. Jadi makin awal bahan itu dalam label ( ingredient listing) maka sebenarnya bahan itu paling banyak dimasuk dalam resipe makanan itu. Untuk susu bagi kanak2, sekiranya tiada dalam ingredient listing paling bagus, tetapi kalau ada pun, jangan lah di tempat tiga teratas..

Anda sebagai ibu bertanggungjawab untuk kesihatan anak anda..dan diri anda..berilah yang terbaik untuk keluarga...Biar spend masa lama sikit ketika membeli dan faham apa yng anda beli ...

Hmm..saya banyak lagi nak citer pasal gula ni..kita sambung di next posting yer!

Senyum - senyumlah selalu. Kejujuran hati terserlah dalam senyuman dan wajah yang manis.
-Puan Cantik Manis

Friday 11 March 2011

Makanan ketika darurat

Assalamualaikum...
Saya terkejut, terharu dan amat sedih dengan kejadian yang menimpa Japanese dan penduduk2nya akibat gempa bumi dan tsunami hari ini. Gambar2nya seolah menunjukkan keadaan yang bakal berlaku bila kiamat menjelma...api marak akibat letupan logi minyak...asap berkepul2..manusia berlari cuba menyelamatkan diri dan keadaan haru biru....Apa yang kita belajar dari episod ini?...Sesungguhnya dunia ini milik Nya juga dan Dia Amat Berkuasa, dan mampu melakukan apa sahaja....dariNya kita datang...kepadaNya kita kembali...bila dan bagaimana...hanya Dia yang tahu segala2nya...moga2 'pengakhiran' kita dalam keadaan baik2....

Telah agak lama saya tidak menulih, kesibukan mtg pihak pengurusan dan pembentangan status perniagaan..adalah hari2 yang sibuk..pekerjaan ini memerlukan agility yng tinggi..dan sometimes kena ambil not very popular decision when doing the right things and do it right...Tapi demi kesihatan rakyat Malaysia..saya lakukan juga..

So - berbalik kepada topic di atas, ketika terjadi darurat, perkara penting pastikan kebersihan. Air yang di minum selain air mineral, hendaklah di masak. Banyak penyakit terjadi dari jangkitan kuman dari air, oleh itu pastikan air utk di minum di masak dengan elok.
Kalau ada anak2, pastikan minuman dan makanan mereka di masak dengan elok utk membunuh kuman2.
Sekiranya anda makan daging, keracunan makanan kadang kala boleh dikesan bila anak rasa sedikit kekejangan otot ( muscle spasm) dan munkin di ikuti oleh muntah2...Sebab itu kadang2 anak2 tak boleh nak cakap tapi depa picit2 lengan atau badan mereka.
Seboleh2 nya dalam darurat jgn makan makanan mentah kerana ketika ini bila segalanya bercampur, cross contamination mungkin berlaku. Pastikan tangan bersih dan utensil bersih.

Mata ngantuk la...dan nak bangun malam..insyAllah..

Tidur yang cukup, merehatkan otot, minda dan jasmani...bagi menyerlahkan kecantikan.
Tapi jangan terlebih tidur kerana 'curi' masa adalah kerugian yang paling tinggi kerana masa kita sebenarnya sangat sedikit. Have a good sleep. Gud nite! - Puan Cantik Manis

Friday 4 March 2011

Breastfeeding - 2

Assalamualaikum,

Jangan kau pandang bibir yang manis,
Kerna ia bisa meracun mu.....

Okay - Anda sihat..? Pagi yang indah...lega setelah berjalan2 d waktu pagi dan bermain badminton bersama anak2 saya. Perempuan ini sebenarnya sangat sibuk. Tenaga dan badan kita berbeza dgn kudrat lelaki. Sebab itu kalau anda telah di lahirkan sebagai perempuan, janganlah cuba menukar kepada lelaki !

Kerja saya menuntut outstation adakalanya, meninggalkan anak2 dan suami d rumah. Bila d M'sia - kerja pulak dari pagi sampai lewat. Susah nk tgk balik on-time. Sbb tu masa2 d rumah yg terhad kena tumpu pada family. Kalau ada socialising pun kena balik by 11malam. Anak dan bapak berebut nak berckp ngan mak yg selalu x der kat rumah. Dan yg penting - saya ingin bersama mereka sblm mereka meninggalkan saya utk belajar lebih jauh atau bekerja ...kan? Tapi ramai yang tak faham..apatah kerja2 kebajikan ...yer lah bukan senang nak buat kerja baik tapi kita sendiri mesti tahu di mana had kita....kan?

Apa la saya merepek ni? hehehe...

Hmmm...cerita breastfeeding bersambung sbb saya mmg suka bab ini. Melihat bayi lahir pada saya adalah satu keajaiban..ini lah yg disebut dlm Quran yang ia boleh menjadikan "dari tiada kepada ada". Memahami proses kejadian manusia adalah satu yg boleh membuka hati, minda dan perasaan terhadap kekuasaan yg Maha Esa. Setiap detik dalam kandungan, ibu itu turut dilindungi dan sentiasa didoakan oleh Malaikat..Hebat jadi perempuan...Anak dalam kandungan melalui saat penting penciptaanNya...sebab itu ibu di galakkan berdoa. Dan yang penting bapa turut membaca Al-Quran dlm tempoh ini ...Dan tentulah bahagia jika dlm tempoh ini segala berjalan lancar...oleh itu, kalau boleh buat lah persediaan untuk ada anak...Sbb jika 'teraccident' atau minda x sedia, adakalanya boleh mempengaruhi anak dlm kandungan...

Sbb itu. sejauh mana saya berjalan dlm urusan kerja yang membawa saya ke merata tempat dlm dan luar negara, saya melihat manusia itu semua sama. Sebab kejadian penciptaan manusia itu sama dan dijadikan oleh Tuhan yang satu. Siapa kita untuk melihat orang itu hodoh sedangkan Tuhan yang menjadikan kita adalah yang sama menjadikan orang itu? Siapa kita untuk berkata orang yang berkulit hitam itu perangai seperti 'ula' sedangkan ia juga dijadikan oleh Tuhan yang mencipta kita.. Perangai manusia itu banyak berubah disebabkan oleh didikan, pengaruh sekeliling ....sbb itu 2 kembar seiras yang dibesarkan dlm suasana yg berbeza akan berbeza personaliti.....

Apa relevant nya cerita ini dlm konteks perbincangan ini? Yang penting - kita sebagai ibu bapa harus mendidik anak2 yang diciptakan Tuhan untuk kita dalam suasana yang boleh membentuk peribadi dan personality yang baik...Sukar bukan...?

Satu daripada personaliti yang indah adalah memastikan anak2 mendapat pemakanan yang baik.
Tahukah anda, pewarna tiruan di dalam makanan boleh membahayakan dan mempengaruhi perangai anak2 anda..? Bukan sahaja anak anda kena elak makanan2 ini tapi sepanjang tempoh mengandung juga, pastikan anda tahu apa yang anda makan....

Tahukah anda - susu ibu telah lengkap untuk bayi membesar. Anak anda yg baru lahir dlm proses pembesaran yang amat laju, memerlukan tenaga sbb itu susu ibu sebenarnya amat padat dgn khasiat. Tinggi tenaga, kerana pada masa ini, perut bayi amat kecil dan apa yg boleh diambil akan ditukarkan kpd tenaga utk membesar, sbb itu memerlukan makanan dgn tenaga besar. Sbb itu dlm formulasi susu formula bayi, anda akan lihat kandungan lemak nya sangat tinggi sbb masa ini mmg bayi amat perlukan lemak.

Tapi susu ibu penuh keajaiban! Selain lemak dan protein yang betul..terdapat antibodi, terdapat enzyme, terdapat vitamin dan minerals dan terdapat sumber serat yang sesuai untuk bayi dan byk lagi...

Apa yang anda fikirkan? Ketika saya mula tahu keajaiban susu ibu, hampir saya menangis dan sujud lama padaNya kerana sesungguhnya Tuhan itu amat detail dalam penciptaanNya...siapa kita untuk meniru penciptaanNya ?....kita amat kerdil...Ilmu kita umpana setitik air yang dijatuhkan ke lautan..itu pun setitik yg diberi oleh Tuhan dalam cuba melihat ilmuNya yang amat luas...........

Tetapi saya tidak menolak 100% susu formula  kerana  - sebenarnya tujuan mula ia dihasilkan adalah untuk menolong bayi yang kehilangan ibu dan tidak mempunyai cara untuk di beri khasiat. Tapi kini... telah diluaskan penggunaannya..............Tetapi yang pasti setiap ibu mesti mencuba 100% dgn usaha supaya dapat menyusukan anak...kalau dah tak boleh atau ketika 'sesak' sahaja lah baru anda pilih options susu formula...
 mana mungkin penciptaan susu formula sebaik susu ibu dari ciptaanNya...

Di europe - amat jarang ada susu formula sbb ibu2 digalakkan menyusu bayi sendiri. In fact - lagi ramai anak dan lagi lama menyusukan anak - sgt digalakkan...Ini mostly bukan orang Islam yang tiada dalam agama mereka mengalakkan susu ibu tapi mereka percaya akan keajaiban susu ibu...Boss saya dulu pompuan duduk kat Denmark, mmg exclusive breast feeding selama 6 bulan..so kita berhubung dgn dia dari rumah ajer....atas urusan kerja..success jugak..byk jugak project implemented..so Msia ni apahal susah sgt ek?

Hmm...byk2 nyer pasal susu ibu dlm otak saya ni tapi yg saya nak citer esok2 is macam mana nak banyakkan hasil susu ibu dan apa ingredient yang penting kalau nak beli minuman untuk ibu2 dalam pantang...

Okay - selamat berhujung minggu...

Kecantikkan hati akan terserlah dalam perbuatan, percakapan dan wajah anda...Tiada alat mekap dan ubat dapat mencantikkan hati tetapi makanan yang halal dan sikap yang baik akan menghilangkan 'bintik-bintik' hitam di hati - Puan Cantik Manis

Wednesday 2 March 2011

Breastfeeding

Assalamualaikum,

Anda gembira hari ni? Saya bercampur-campur..itu lah kehidupan.
Berebut -rebut bayar saman, tgk hishamuddin kata, extend lagi 10 hari...dah bagi 6 bulan then extend lagi 10 hari...it's just unfair to people like us who pay before the dateline...kan?

Saya ni nak cakap sikit pasal breastfeeding. Kalau anda ada anak kecik, bagilah susu ibu. Bukan sahaja mengeratkan bonding tapi sangat baik. Saya tak tahu mcam mana nak terangkan tapi sehingga kini, macam mana best pun susu formula dari kompeni mana pun kat dunia ni, susu ibu paling baik. Cuma bila anda dah tak boleh sgt menyusukan anak dgn susu ibu, baru lah try susu formula. Tapi ibu-ibu yang menyusu pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat. Pantang tu boleh tapi jgn lah susu pun tak boleh minum, asyik minum kopi dgn biskut kepala lutut....mana nak ada khasiat.

Ibu-ibu yang menyusu kan anak, tolong lah makan makanan yang berkhasiat, kalau tak boleh jugak, makan supplement seperti calcium, DHA dan you need a lot of energy. Apa di kisah kan kalau badan sedikit berisi masa ini, tu anak tu investment yg paling besar. Lagi pun am sure husband dont really mind, janji yang "penting" tu dah baik, bersih dan cantik semula.

Dalam pantang, masa yang paling sesuai menjaga badan tapi kadang perempuan ni sedikit malas termasuk lah saya. Masa anak pertama, mak dan opah jaga, huish..dah deliver anak sulung yg 3.8kg tu, masih macam anak dara..chewah! angkat bakul sendiri la...

Tapi dah masuk anak2 seterusnya, sendiri jaga...mula lah malas....and menyesal indeed. Kalau tidak mesti Puan Cantik Manis lagi Cantier Maniser...wakaka...

Ketika dlm pantang, bawa lah berehat, mandi dan makan dengan cukup dan pastikan emosi anda tenteram dan tidak kacau. Jangan di bawa perasaan cemburu, kdg2 wanita ni pelik, husband pergi kerja pun cemburu sangat. Padahal dia mencari duit untuk keluarga, doakan dia yang terbaik untuk anda, family dan keselamatan dan juga keimanannya. Post natal depression is very dangerous, sbb tu ada bila meroyan nak bunuh baby sendiri dan dah byk kes dalam M'sia ni.

Masa pregnant, baca byk doa dan surah2 Yusuf, Mariam dan Taubat. Dan ada doa masa mengandung. Baca sepanjang pregnancy dan masa tu doalah untuk keselamatan masa melahirkan dan kestabilian emosi serta kesihatan yg baik sepanjang berpantang. Sbb lepas bersalin , anda dah tak leh solat selagi darah nifas ada, so doa byk2 untuk menghadapi masa bersalin dan berpantang.

Okay, susu ibu tu bukan sahaja baik dari segi kandungan tetapi telah di olah untuk baby menghadapi hidup. Colustrum yg terdapat masa beberapa hari adalah untuk develop baby punya immune sistem lagi kuat.  Yer lah, baby tu duduk dalm perut dlm keadaan sterile, bila dah keluar mcm2 bahan tercemar jumpa. Sebenarnya, ketika baby melalui saluran vagina ibu dalam proses melahirkan, terdapat backteria yang baik yang akan di bawa oleh baby untuk menguatkan daya tahan nya juga.

Ketika ini, ada produck untuk ibu-ibu yang melahirkan anak secara Sec-C untuk memberi kebaikkan ini. Tengok sampai ke situ, penyelidik cari sumber..macam2 kat pompuan ni tau!

Colustrum tu tak tinggi untuk sepanjang susu yng ada pada ibu, sbb bila baby dah develop dan bila dia dah mula adapt, jadi akan baik. After roughly few weeks mmg kandungan colustrum dah mula rendah. Sbb tu saya kurang yakin bila susu nak di tambah Colustrum yang menjadi sumber IGG sebenarnya. Anyway - untuk orang yg sakit mmg la perlu tapi orang sihat untuk ambil Colustrum setiap hari...hmmm...I need to study more on this I guess..but what I see so far doesnt convince me ..

Baby perlukan iron sbb masa ni tahap pembesaran paling cepat dan memerlukan oxygen, so iron pembawa oxygen yang baik. Sbb tu dlm makanan baby perlu ditambah iron. Begitu juga jika ibu menyusukan anak, pastikan anda makan sumber iron yang baik seperti daging.

Eh - panjangnya pasal baby - ada banyak lagi...tapi nnt kita cerita lagi.

Ibu-ibu yang menyusukan anak, walau anda ada anak kecil. pastikan diri tetap cantik dengan kemas dan segala terurus. Jangan biarkan badan tidak berjaga sbb mungkin anda kuat skrg, rasa okay ajer  tapi 'sakit' nya datang bila anda dah mencecah lebih 40 tahun...so take good care.

Ibu - tidak pernah sekali pun aku lupa, walau ke mana jauh ku pergi, doa ku pada mu tetap tidak pernah lekang di mulut dan di hati. Engkau lah ratu ku...Puan Cantik Manis

Tuesday 1 March 2011

Tea - your good friend!

Assalamualaikum..
Sudah lama rasanya tidak berbicara di sini..Hari ni mood saya okay sedikit setelah beberapa hari kelam kabut dgn kerja..semua nak cepat, dari merata tempat, technical request..penat otak kadang2, trying to address all the issues..

So, what can I do to de-stress...have a good cup of tea..that not only refreshing but calm me down..
Saya telah banyak mencuba berbagai2 minuman..bukan sbb sajer sbb saya dlm formulation tapi sbb travelling dan keinginan untuk mencuba...

Dalam banyak2 tu, tea  antara minuman yang boleh di ambil banyak kali...
Nescafe - for some reasons, I cannot take it too often this day. Dah tua ker? hehehe..I got dizzy ..
Tapi kopi Che Nah - kdg2 balik kampung mmg kena pekena segelas, kalau adik dan adik ipar saya buat..lagi sedap..( apa jampi ntah!)..
Nescafe...di proses dari buah2 kopi yang dari Malaysia atau di import..err..saya tak nak citer pasal Nescafe lah ari ni sbb dulu saya kerja kat kilang nyer di Shah Alam nun...nanti lain episode yer..

Yang saya nak cerita ialah tea..dlm banyak2 tea yang saya cuba, saya dapati Dilmah tea is the best so far. Bukan sahaja dari rasa nya yang pelbagai tetapi dari Green Tea nya amat calming..Kalau nak carik pasal Dilmah lagi pergi http://www.dilmah.com/ , rasanya anda akan dapati berbagai citarasa...
Yang ini Sencha Japanese tea, saya minum setiap hari kat opis. Stok baru abih, so kena order lagi ni. Yang ini membuatkan saya rasa tenang apatah lagi bila banyak kerja menimbun..have a hot Japanese tea and relax, I get back my focus...

This is lemon tea, I usually take it in the afternoon or after lunch. The taste of the lemon macam air tea lemon tapi I like without sugar.


Yang ini Oolong tea..walau pun saya ni mmg suka Dilmah tapi saya tak bias. The best Oolong tea probably from China that I tasted. Tapi yang ini pun not bad, cuma sikit keras dari Oolong yang saya cuba dari China.

Okay yang ini adalah himpunan berbagai tea, ada 8 jenis tea dan setiap satu ada 10 uncang. Setiap uncang di balut dalam paper yang cantik dengan clear label. They are Green Tea - natural, Oolong tea, Green Tea - Jasmine Petal, Green tea - Sencha, Green Tea - Mint, Green Tea - Pure Chamomile, Green Tea - Rose Hip & Hibiscus, Pure Peppermint..I like all but my vote goes to Green Tea - Sencha and Green tea - natural and Green tea - Rosehips and Hibiscus. May be I am a simple person and not too strong flavour..but some may like the Pure Peppermint..

Yang ini pulak Dilmah tea  - Himpunan dari the best selection of teh World's Finest Gourment Teas. Ada 8 jenis jugak dan they are Ceylon Supreme Tea, English Afternoon tea, English Breakfast tea, Irish Breakfast Tea, Earl Grey Tea, Darjeeling Tea, Green tea with Natural Jasmine Petal and Green Tea - Sencha.
Semua best! Tak tipu..dan okay lah kalau tak percaya..saya dah banyak travel to europe and to northern and southern hemisphere..some of the 4 to 5 stars hotel mmg pakai Dilmah teas...

Dia ada banyak lagi..strawberry, laici, mango dan berbagai perisa..tapi untuk keaslian..cari lah macam Green tea dan Earl Grey, English Breakfast...masa saya di Sri Lanka di mana tempat Dilmah di hasilkan, mmg terpegun melihat variasinya...dan macam mana di angkat jadi tea di kelas atasan..Kat some 5 star hotel di Mekah dan di Riyadh juga pakai tea ni.

Okay - Dilmah tea pun ada dalam pembungkusan tin, saya ada beli a few dan sama macam dalam website tu..best tapi yang ini mostly is leaf..so you need to have the proper alat untuk bancuh, tapi if you do not mind the leaf - it's okay. Saya suka sbb bila daun tea dah mengembang, aroma dan rasa yang lebih lazat..dan saya suka minum Dilmah tea tanpa gula untuk dapatkan keaslian rasanya.

Okay  -tea ni mempunyai anti-oxidant yang baik untuk kesihatan. ( wah - standard wording mcm kat article rasmi ajer!).. Bila minum tea ia juga mengalakkan pembuangan air kencing, so toxic dalam badan akan terkumuh ( ceh..another good word!) ...dan di buang bersama air kencing. .. Bila kita minum, kita mesti ada buang kan..Pernah tak anda minum, minum..dan minum..tapi tak kencing2...Haaa...bahaya tu..lets talk about it in next episode. Kalau nak tea2 kat atas tu, ask special.ingredients@yahoo.com . If you are lucky, there could be some stock.

Tea juga tak macam kopi, sbb ada daun tea yang di petik dgn tangan dan cara pengeringan yang membezakan antara green tea dan black tea. Didalam green tea extract ada terdapat komponent yang di panggil EGCG yang lebih 20x ganda effective sebagai anti-oxidant jika di banding dgn Vitamin C.
Banyak kebaikan green tea seperti menaikkan metabolisma ( so  - may be boleh tolong dalam kuruskan badan kot!), anti carcinogen, anti-inflamatory.

Tapi kan mmg pesanan orang tua tu betul..makan apa pun, jangan berlebih2..saya minum tea setakat maksimum 5 cups ajer sehari...jgn pulak pagi petang siang malam dan waktu2 rehat minum tea ajer...pulak. Badan kita perlukan calcium dan iron dan sumber yang utama adalah susu. So, tea is your good friend but dont forget your parents...:)

Ada kala cinta hati tak perlu terucap, cukup dengan perbuatan yang menunjukkan anda sayang dan prihatin, but a gentle saying ' I love you' is always a good word to say to your loved ones. You do not need to have a special occasion to mention it, as everyday is a special day.
Cheers - Puan Cantik Manis