Tuesday 24 May 2011

Halal makan, minum, pakai

Assalamualaikum,
Lama sungguh tidak berbicara di sini. Rindu tapi tugasan yang menimbun dan kekangan masa yang menyekat saya dari terus menulis. Terima kasih kerana masih sudi melayar blog saya ini. Hujung minggu yg lalu, saya adakan sedikit kenduri di rumah, bersama sedikit tazkirah dari seorang Ustaz. Betul katanya dosa antara manusia dan Tuhan boleh bertaubat, dosa dgn manusia kena taubat dan minta maaf..sbb itu jauhkan lah dari fitnah kerana ia banyak membawa kesan yang memudaratkan...
Kenapa saya bercerita pasal fitnah? Bukan pasal cerita politik tapi cerita pasal halal haram...Umat Islam dan orang Melayu sangat sensitive pasal isu halal, w'pun kdg2 duit sumber nak beli barangan itu sendiri ...contoh seorang Melayu munkin dapat duit sogok tapi dia mesti tak akan beli barang makanan haram ada babi, walau sedap macam mana pun..kan?
Dalam teknologi makanan, mmg ada sumber2 yang tak halal boleh diserapkan. Sebab itu sebagai umat Islam, pakar pemakanan meneliti setiap teknologi, pemprosesan dan sebagainya bagi arrest this ingredient get into our food system. Ntah kenapa babi ni mempunyai lebih 1600 application daging, tulang, bulu, kuku, kulit dan sebagainya...Bayangkan application nya juga bukan terhad kepada makanan, tapi mencakupi ubatan, kosmetic, lubricant, photography, juice clarifierm encapsulation for pharmaceutical dan sebagainya...terlalu banyak nak di cerita...
Roti - penggunaan lard di dalam resipinya..oleh itu kalau anda di HK, TH, Vietnam, negara Cina dan barat - berhati2 lah, tengok lah ingredient listing di packing nya...Juice apple yang clean ajer rupanya, kalau d europe saya cari yg ada tanda utk vegetarian sbb ada kala gelatin d gunakan utk clarified nya.
Bakery adalah antara produk yang amat senang di dapati ada bahan2 ini.Kerap kali berjalan di luar negara, saya kerap memilih vegetarian meal termasuk apple juice.
Gelatin mmg berasal dari sumber binatang tapi ada juga yang halal eg beef gelatin. Keunikan gelatin dari segi elastic, penstabil maka byk la di gunakan dalam marshmallow, glazes yg atas kek tu, cream filling dan sebagainya. Tapi bagi pengeluar yang ada sijil halal, maka saya rasa kita serahkan hal itu kepada badan yang telah mengeluarkan sijil halal itu. Masalahnya di Malaysia ni kadang2 terlalu byk sijil halal.
Halal kini telah dikomersialkan utk kepentingan pemasaran produk, so ramai yg ambil kesempatan. Berdasarkan pengalaman saya, Jakim dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) antara yang rigid dan audit secara menyeluruh. Sebab ada juga badan yg bagi halal ini hanya berdasarkan desk evaluation. Atas paper, memang lah cantek ajer...sbb itu saya suka bila Jakim buat audit, pemantauan sbb mereka ini mmg buat kerja.

Dan sekiranya sesuatu pengeluar itu telah mempunyai sijil halal, apa lagi yang perlu d lakukan utk meyakinkan pengguna? Secara simple - kalau saya tengok sijil Jakim masih ada, tidak di revoke, saya teruskan ajer..kalau rasa ragu2, ambil lah sikap berdiam dan menjauhkan diri tapi jangan mencipta cerita kecuali jika anda melihat sendiri.
Kadang2 ada juga pengeluar yang telah dikatakan tidak halal, cuba pula mengaitkan dengan pengeluar2 lain dan menyalahkan orang2 lain tanpa bukti yang nyata..akibatnya pengguna keliru..
Munkin ada baiknya kalau mereka dari segi genetik dan researh dlm DNA dapat menerangkan apa beza antara DNA babi dan binatang2 lain. Adakah ini sukar atau mmg senang utk dianalisa? Adakan makmal di malaysia yang mampu menjalankan analisa ini dengan konfident level yang baik? Di manakah makmal2 ini? Berapa lama masa di ambil untuk analisa? Apa kah punca2 yg menyebabkan false positive results? Apa pula yg memberi true positive results? Semua ini perlu di terangkan dan kita sebagai org Islam perlu ambil tahu..dan itu lah..bila fardhu kifayah..org dlm industri juga lah yg nampaknya kena bekerja lebih keras utk memahami research dan kebenaran analisa...

Itu baru pasal makanan...bagaimana pula lipstick yg d pakai tiap2 hari, lip gloss yang di sapu tiap2 hari di bibir...bibir yg sama mengucap zikir dan doa? Apakah ingredient yg tertulis di lipstick? Shampoo? Ubatan?
Pernah melihat tanda halal pada ubatan? May be next time - saya letak kan gambar kalau saya jumpa ubat dgn tanda halal :) saya ada jumpa vitamin dgn tanda halal tapi byk dietary supplement yg tiada....tapi kalau di Cosway dan kebanyakkan MLM, mereka ada tanda halal - cuma kdg2 saya sendiri tak pasti..sbb most of the ingredient dari luar negara dan d re-pack. Jadi saya berfikir baik dan memilih sendiri berdasarkan konfident level saya dalam pengetahuan sains pemakanan dan punca/sumber serta process.
Sbb itu satu bahan yg saya sangat ingin cuba kerana clinical trial telah membuktikan dapat mengubat penyakit sakit lutut dsb nya...tapi tidak halal kerana dari sumber anak ayam yg tidak d sembelih...ahh sukar tapi itu lah hakikatnya...w'pun Umat Islam adalah antara yg teramai di dunia..makanan asas halal dan barangan health care and personal care masih bergantung kpd orang luar utk menentukan...
Duduk diam2...tanya diri...apa sumbangan kita? walau anda bukan dari mereka dari bidang pemakanan, bukan dari bidang science dan pharmacy dan bukan dari bidang makmal....tapi anda ada suara dan pendapat...gunakan dgn bijak utk umat Islam.....fikir2kan...yang cantik dan mahal itu bukan hanya luaran tapi daya dan spirit yang membawa perubahan positive!
Salam sayang semua...Puan Cantik Manis